loading...

Thursday, 10 October 2019

Terkejut kemaluan hilang, rupanya dah dipotong & dimakan oleh BFF


Kemaluan seorang lelaki berusia 51 tahun dipotong ketika dia tidur selepas minum di rumah rakannya di Muranga, Kenya. 

Mangsa, Moses Wanyoike, hanya menyedari kemaluannya hilang ketika dia mahu pergi ke tandas. 

Jiran-jiran berhampiran dipanggil untuk membantu mencari kemaluan mangsa agar ia dapat disambung semula. Tetapi usaha mereka menemui kegagalan dan langsung tiada petanda ke mana hilangnya organ penting itu.

Pihak berkuasa percaya kemaluan mangsa telah dimakan oleh suspek.

"Saya salah seorang yang menyertai usaha mencari organ mangsa. Kami berharap dapat menemuinya dan bawa ke hospital agar dapat disambung semula. Malangnya, ia tidak dapat ditemui. 

"Keadaan mangsa sangat teruk, dia mengalami pendarahan dan bahagian belakang seluarnya ada kesan koyakan," kata individu yang tidak didedahkan namanya. 

Sebelum kejadian mengerikan itu, Wanyoike meluangkan masa dengan rakannya selama enam jam dan pulang ke rumah kira-kira jam dua pagi. Dalam perjalanan pulang ke rumah, rakannya berulang kali berkata dia mahu menyunatnya tetapi Wanyoike menganggap rakannya hanya bergurau. 

Selepas beberapa jam kemudian, jiran mangsa terkejut apabila terdengar jeritan mangsa, meskipun mangsa tidak menyedari kemaluannya telah dipotong. 

"Sepanjang perjalanan ke rumah, dia berulang kali kata dia nak sunat saya. Saya anggap dia cuma bergurau dan mabuk," kata mangsa. 

Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek, Gerald Mbugua untuk disoal siasat bagi mengetahui motifnya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2B1MIvL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ouedvq
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...