loading...

Thursday, 10 October 2019

'Aku doa kau mati beranak nanti' - Suami bengang isteri dapat tahu dia curang


Tergamaknya suami 'makan luar' di ketika isteri sedang sarat mengandung, hanya menunggu masa untuk bersalin. Sudah tiga hari tidak pulang ke rumah, membuatkan isterinya terpaksa menggalas tanggungjawab menguruskan rumah dan anak-anak kecil seorang diri. 

Apabila disuruh pulang, si suami memberi alasan dia sibuk dengan kerja. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua di mana si isteri nampak suaminya curang dengan perempuan lain. Alangkah pedihnya hati si isteri diperlakukan seperti itu. 

SALAM admin. Saya ada masalah, tadi saya bergaduh dengan suami. Memang salah dia dah tiga hari tak balik ke rumah.

Saya sekarang tengah menunggu hari nak bersalin. Tak larat anak kecil-kecil dengan sarat lagi. Saya risau saya sakit malam-malam ke. 

Saya call dia, suruh balik tetapi dia kata ada kerja OT. Tak apalah, saya diam. 

Tadi bila saya keluar beli barang anak, saya ternampak suami sedang bermesra dengan perempuan lain. Saya terus WhatsApp suami untuk tanya dan beritahu apa yang saya nampak. 

Terang-terang sudah berlaku di depan mata tetapi dia tidak mahu mengaku. Lalu saya pun beri kepada suami yang menunjukkan gambar mereka berdua di mana saya merakamnya dari jauh. 

REAKSI SUAMI


Admin, suami saya mendoakan saya mati bila bersalin nanti. Adakah doanya diterima? Saya takut jua memikirkan takutnya nak bersalin. Serabutnya saya. 



from The Reporter https://ift.tt/2MqRbgU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30ZGKWL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...