loading...

Wednesday, 9 October 2019

2 penyepit besi tersangkut dalam zakar lelaki ini sejak 4 tahun lalu


Terlalu cerdik. Seorang lelaki berusia 22 tahun terpaksa dibedah selepas penyepit besi yang berharga RM13.26 tersangkut dalam zakarnya selama empat tahun. 

Menurut laporan Metro, lelaki dari Arab Saudi itu memasukan dua objek besi itu ke zakarnya sejak empat tahun lalu dan mengadu tidak merasa sebarang kesakitan sepanjang tempoh tersebut. 

Gambar x-ray menunjukkan penyepit besi itu berada di kedudukan atas zakarnya. Bagi mengeluarkan objek itu, doktor menekan kedua-dua belah zakar pesakit sambil memerah penyepit itu dalam keadaan tertutup kerana bimbang bahagian tajam objek itu akan mencederakan saluran urethra. 


Penyepit besi berukuran 2.7 inci itu berjaya dikeluarkan dan pesakit tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun doktor mengsyorkan dia menjalani penilaian psikiatri, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian.


Tidak diketahui apa tujuan lelaki itu memasukkan objek berbahaya ke dalam zakarnya. Tetapi umum tahu ada segelintir lelaki melakukan perkara itu untuk mendapat kepuasan seks. 


Doktor tidak menolak kemungkinan ada lelaki yang melakukan perkara itu apabila mereka terlalu mabuk atau mempunyai masalah otak. Kebanyakan lelaki yang melakukannya tidak berjumpa dengan doktor apabila ditimpa masalah kerana malu, melainkan apabila mereka sudah ditimpa masalah. 



from The Reporter https://ift.tt/2AU79uD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2oqyKkx
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...