"Mujurlah pada waktu kejadian, pengantin sudah melalui kawasan itu dan sudah berada di atas pelamin. Jika tidak, saya pun tak tahu apa hendak dikatakan," demikian kata perancang perkahwinan yang gambar-gambar dekorasinya rosak disebabkan anak tetamu.
Menurut Fauzi Manan, 33, kejadian itu berlaku pada 25 Ogos lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana seorang kanak-kanak lelaki yang hadir ke majlis itu bersama ibu bapanya bergayut pada dekorasi itu yang menyebabkannya tumbang dan majlis menjadi kecoh seketika.
Fauzi yang tidak berada di tempat kejadian, hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh petugasnya.
"Masih tak faham dengan sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain tak tentu hala. Tempat yang patut tak main pun biar je anak main depan mata.
"Saya mungkin tak faham sebab masih tak ada anak, tetapi itulah.. rasanya sebelum kejadian ini dah hampir 10 wedding pun pakai benda yang sama dan deko ini memang permanent di dewan itu.
"Kalau kejadian macam ni, dekat siapa kita nak minta ganti rugi? Confius, confius! Last-last mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh.
"Gambar dari salah seorang tetamu yang hadir pada hari kejadian. Cari sendiri budak baju merah itu. Kalau perasan, budak berbaju merah itu di kedudukan tiang nombor dua.
"Kalau ikut gambar kedua boleh nampak entrance tidak bergerak pun kalau tidak digayutkan. Yang lain itu jatuh macam dominos sebab kedudukan in between prop just 3 feet.
"Tapi kalau dah bergayut kat tali tu sampai prop tu boleh jatuh nak buat macam mana? Nak pasang cerucuk besi kat bawah tu?
"Sebagai itu bapa, perlulah menjaga anak jika hadir mana-mana majlis. Saya memuat naik gambar ini sekadar untuk menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati. Saya tak kisah walaupun terpaksa menanggung kerugian RM4,000," katanya.
Sumber: KL Wedding Ministry, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2ZIXIbq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MXaZLK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment