Kejadian itu sempat dirakam dashcam kereta yang berada di belakang yang menunjukkan mangsa melambung selepas merempuh kenderaan itu.
Berdasarkan video kejadian berdurasi 23 saat itu, kereta terbabit pada awalnya berada di lorong tengah sebelum masuk ke lorong ketiga yang dipercayai mahu masuk ke lorong Smart.
Mangsa yang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta itu dan melambung ke atas kereta itu.
Berdasarkan impak pelanggaran itu, bahagian belakang kereta tersebut hancur teruk.
Tidak diketahui apa nasib mangsa tetapi netizen berpendapat pemandu kereta itu sepatutnya memeriksa keadaan di lorong kanan sebelum masuk.
"Kereta tu yang bersalah. Dalam video sudah jelas arrow lorong kereta itu hanya boleh terus sahaja. Tidak boleh masuk susur ke kanan. Hanya arah lorong motosikal mangsa sahaja boleh masuk ke susur kanan atau terus," kata netizen.
from The Reporter https://ift.tt/2mqLEOE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2o7l51k
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment