loading...

Thursday, 12 September 2019

Laporan polis telah dibuat, individu upload tweet biadab terhadap Raja Permaisuri Agong akan disiasat - Sumber


'Penutupan' akaun Twitter Raja Permaisuri Agong membuatkan ramai netizen terkejut dan bersedih kerana mereka tidak dapat lagi mengikuti perkembangannya. 

Ada yang mengaitkan, akaun Twitter itu dinyahaktifkan berikutan terdapat komen beberapa individu yang biadab didakwa menghina institusi diraja sehingga menguris perasaan Raja Permaisuri Agong. 

Ekoran itu, ramai netizen mendesak pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang terlibat. 




Bagaimanapun, setelah dikecam teruk oleh netizen, mereka tampil membuat permohonan maaf melalui akaun media sosial masing-masing. 



Walaupun begitu, kerosakan telah dilakukan dan laporan polis telah dibuat terhadap mereka yang terlibat. 

"Walaupun permohonan maaf telah dibuat, tetapi laporan polis dan kertas siasatan akan terus dibuat. 

"Bagi semua gambar-gambar yang komen dalam tu, jangan risau kerana anda mungkin akan dipanggil ke balai berdekatan untuk membantu siasatan," kata sumber. 







from The Reporter https://ift.tt/34C2evX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Q3I8HO
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...