Sebelum ini, ada yang mendakwa kerja askar hanya makan, minum dan tidur sahaja. Namun tiada sesiapa yang mengetahui perit getir kerjaya sebagai seorang askar yang mempertahankan negara dari ancaman musuh negara.
Pada zahirnya, warga tentera dilihat ceria dan gembira, tetapi kehidupan mereka ada pasang surutnya. Ini termasuklah dari segi pendapatan yang diterima.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi cerita dia terserempak dengan tiga anggota tentera ketika singgah di R&R Sungai Perak.
KISAHNYA abe singgah di perhentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, nak berhenti solat dan makan. Jadi, duk melilau nak cari makan. Anak nak makan nasi lemak, jadi ambil nasi lemak bungkus dan nak bayar. Di sinilah cerita ini berlaku.
Ada tiga orang askar prebet duk pilih lauk. Jadi akak itu minta abe tunggu sekejap sebab nak settlekan askar ini pilih lauk.
Agak lamak askar ini memilih lauk. Jadi abe perhati saja diorang ni. Last-last seorang ambil lauk ayam goreng seketul, seorang lagi ayam merah seketul dan yang seorang lagi tak jadi kot.
Jadi, kawan ni nak bayar dan cakap kat kawan prebet yang cakap kena bayar dulu sebelum makan. Kawan ni keluarkan dompet betul-betul depan abe. Ya Allah, abe tengok dompet kosong. Dia buka belah celah kad-kad itu ada RM20 yang dilipat kemas.
Biasanya duit lipat ini duit emergency. Abe rasa sedih giler tengok perwira negara macam tu. Jadi, abe cakap "Tak apa kak, diorang ni saya bayar sekali."
Terkejut dua abang askar itu sambil terkedu. Mungkin jarang orang buat macam tu. Last-last dia kata terima kasih dan salam abe. Abe pun bayar dan berlalu ke meja dengan rasa sedih dan pedih.
Jika mereka nak makan pun payah macam tu, bagaimana pula anak isteri mereka? Semoga Allah permudahkan dan limpahkan rezeki kepada semua pejuang negara.
Sumber: Wan Mus
from The Reporter https://ift.tt/308oLSH
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2O7k30m
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment