loading...

Wednesday, 18 September 2019

53 sekolah di kawasan Nilai, Labu dan Mantin ditutup esok


Sebanyak 53 sekolah di kawasan Nilai, Labu dan Mantin ditutup bagi sesi persekolahan esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, setakat 5 petang, bacaan IPU di Nilai merekodkan bacaan 211 iaitu sangat tidak sihat dan penutupan sesi persekolahan esok melibatkan seramai 28,073 pelajar.

“Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak sekolah juga telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Sehingga pukul 8 malam ini, IPU di kawasan Nilai merekodkan bacaan 206.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/304Qti7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QbMfBx
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...