loading...

Monday, 16 September 2019

Guru tuisyen rogol pelajar 285 kali, janji akan kahwin dengan mangsa bila berusia 18 tahun


Seorang guru tuisyen di Taiwan didapati bersalah kerana merogol pelajarnya sebanyak 285 kali. 

Menurut laporan ETToday, mangsa, Lan, mula menyertai kelas tuisyen suspek sejak berusia 11 tahun. Sebelum mangsa berusia 14 tahun (2014), suspek mengakui yang dia jatuh cinta dengan mangsa dan berjanji akan berkahwin dengan dia apabila Lan berusia 18 tahun. 

Tanpa menyedari kepercayaannya akan dikhianati, Lan bersetuju untuk menjalinkan hubungan dengan suspek yang juga bermulut manis. 

Tetapi, mangsa mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka ketika dia berusia 16 tahun selepas dia mendapati suspek bakal berkahwin dengan wanita lain. 

Bagi menyelamatkan perhubungan itu, suspek memberitahu ibu mangsa yang Lan bergaul dengan budak-budak jahat di media sosial sehingga menjejaskan prestasi akademiknya. Malah dia juga meminta si ibu merampas telefon bimbit mangsa, sekali gus menghalangnya dari menggunakan media sosial. 

Tidak cukup dengan itu, suspek menyebarkan pelbagai cerita yang tidak benar sehingga menjejaskan imej mangsa. 

Lan akhirnya meminta bantuan dari ibunya dengan menceritakan perkara sebenar sebelum si ibu membuat laporan polis di mana suspek telah melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya. 

Suspek menafikan dakwaan itu dan menegaskan dia hanya memegang tangan dan mencium mangsa.

Mujur mangsa mempunyai banyak bukti mengenai suspek yang dicatatkan dalam buku notanya. Malah dia juga ingat bagaimana bentuk dan saiz tahi lalat di kemaluan suspek. 

Mangsa diarahkan menjalani pemeriksaan di hospital dan disahkan pernah melakukan hubungan kelamin. 

Menurut mangsa, dia dan suspek melakukan hubungan intim hampir setiap hari sejak hari pertama menjalinkan hubungan. Selian itu, mangsa juga mengaku mereka telah melakukan hubungan intim sebanyak 129 kali dalam tempoh lapan bulan sebelum dia berusia 14 tahun dan 156 kali bagi tempoh tujuh bulan seterusnya. 

Guru terbabit didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun 6 bulan kerana merogol gadis bawah umur. 



from The Reporter https://ift.tt/302BK8s
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Lydu4V
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...