loading...

Monday, 23 September 2019

Berang suami tak dapat cari kerja, isteri campak bayi kembar dalam kolam


Pertengkaran pasangan suami isteri membawa kepada kematian bayi kembar berusia 20 hari apabila si ibu mencampak mangsa ke dalam sebuah kolam. 

Dalam kejadian yang berlaku semalam di Daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, si ibu bertindak sedemikian selepas gagal mengawal kemarahan dirinya. 

Difahamkan, pasangan itu bertengkar kerana si suami gagal mendapatkan pekerjaan. Akibat terlalu marah, si isteri mencampak bayi kembar perempuannya ke dalam kolam. 

Namun selepas menyedari mangsa mati, suspek mereka cerita kononnya mangsa dilarikan individu yang tidak dikenali dan membuat laporan polis di Balai Polis Sikhera mendakwa anak mereka telah diculik. 

Namun, siasatan mendapati keterangan pasangan berkenaan tidak konsisten menyebabkan mereka ditahan dan berdepan dengan tuduhan membunuh serta menyembunyikan kematian. 

Sumber: Gulf News


from The Reporter https://ift.tt/2mKXS4l
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2mhiSPQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...