loading...

Monday, 23 September 2019

'Kancil lejen' disita polis kerana terlalu lusuh & tidak sesuai berada di jalan raya


Polis terpaksa menyita sebuah kereta kancil yang sudah lusuh dan tidak sesuai berada di atas jalan raya, Jumaat lalu.

Polis menerima maklumat mengenai kereta itu kira-kira jam 10 pagi dan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gombak ke Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh.

Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati 'kancil lejen' itu diparkirkan di bahu jalan dan pemandunya yang berusia 45 tahun juga berada di situ. 

Semakan awal mendapati cukai jalan kereta itu sudah tamat tempoh sejak September lalu dan pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu ketika diperiksa. Ekoran itu, kereta tersebut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berdasarkan rekod, kenderaan itu dimiliki oleh ahli keluarga pemandu berkenaan yang berusia 75 tahun. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, keadaan kereta itu terlalu teruk dan tidak sesuai digunakan di jalan raya.

"Ia bukan saja membahayakan nyawa individu yang memandu kereta itu, malah boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain," katanya. 

Menurutnya, tidak menjadi satu kesalahan untuk memiliki kereta model lama tetapi pemilik perlulah menyelenggara kereta itu dengan kerap bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya. 

Langkah itu adalah penting bagi memastikan kenderaan tersebut tidak mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya lain. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2kBtgSa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2m36W4j
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...