loading...

Wednesday, 25 September 2019

Pusat asuhan tolak permohonan kemasukan kanak-kanak ini kerana wajahnya yang menakutkan


Permohonan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun untuk masuk ke sebuah pusat asuhan disekat kerana kakitangannya mendakwa wajah kanak-kanak itu boleh menakutkan penghuni pusat tersebut. 

Sofya Zakharova dilahirkan dengan tengkoraknya yang cacat dan jari jemari tangan serta kakinya bercantum. 

Ibu bapanya yang tinggal di Republik Bashkortostan, Rusia, diminta untuk membawa anak mereka menjalani pembedahan sebelum Sofya dibenarkan masuk ke pusat asuhan itu. 

"Puan kena bawa dia pergi menjalani pembedahan sebelum dia dibenarkan masuk ke pusat asuhan ini seperti kanak-kanak normal yang lain." 

Svetlana Gizatullina dan suaminya, Rasul, cuba mencari rawatan untuk Sofya, tetapi dalam masa yang sama pakar memberi amaran perkembangan Sofya terjejas sekiranya dia tidak bergaul dengan kanak-kanak sebaya dengannya. 


Pihak berkuasa kini sedang menyiasat pusat asuhan yang didakwa menolak permohonan kemasukkan Sofya dan mengapa Sofya tidak ditawarkan sebarang bantuan perubatan. 

Menurut pakar Psikologi Pendidikan, Ekaterina Belan berkata, "Lebih cepat dia mendapat pengalaman berinteraksi, lebih mudah untuk dia menghadapi keadaan di mana dia hidup dan membesar. 

"Semakin banyak dia berinteraksi, semakin muda dia menerima diri dia kelak," katanya. 

Pihak berkuasa juga telah berkunjung ke rumah pasangan itu dan mencari kediaman yang lebih baik untuk mereka kerana tidak mahu keluarga itu tinggal di rumah yang sudah usang. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2nhRCkF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2lGrkIJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...