loading...

Thursday 15 August 2019

Suspek dituduh cuba curi motor Ysuku mengaku tidak bersalah


Suspek yang cuba menyamun motosikal Yamaha Y15 (Ysuku) milik rider Grab Food di Phileo Damansara pada jam 2.53 petang, 9 Ogos lalu memilih untuk mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu. 

Abu Bakar Subianto, 33, (subkontraktor) didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini dan mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Bharat. 

Bagi pertuduhan pertama, Abu bersama rakannya yang masih bebas, memukul mangsa, Muhammad Amirul Ali Mohd Saharudin, menggunakan 'fork lock' dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan badan mangsa. 

(Seksyen 324 Kanun Keseksaan, penjara maksimum 10 tahun atau denda atau mana-mana daripada hukuman itu)

Pertuduhan kedua, Abu dan rakannya itu cuba merompak motosikal Ysuku milik mangsa. 

(Seksyen 393 Kanun Keseksaan, penjara tujuh tahun dan denda)

Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mendekati mangsa. 

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamannya sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia 12 tahun. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tidak mendekati mangsa. 

Namun tertuduh tidak membayar jaminan itu, ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

26 September depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Txn3DL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33zHJiW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...