Seorang lelaki yang terselamat dari penahan petir, meninggal dunia selepas dia diselaputi dengan najis lembu yang dipercayai boleh merawat kecederaannya.
Binod dan Gokula Podh, tinggal di kampung Pamara, daerah Sundargardh, India, terdahulu dalam perjalanan ke pasar sebelum mereka terkena panahan petir pada petang Sabtu lalu.
Penduduk kampung cuba membantu mereka dengan kepercayaan karut itu dan menyelaputi badan mangsa dengan najis lembu. Namun kaedah itu tidak membantu, sebaliknya mangsa mengalami sesak nafas.
Penduduk kampung kemudian menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Kejadian itu bukan kali pertama penduduk kampung di India menggunakan najis lembu untuk membantu merawat mangsa panahan petir.
Pada Jun 2018, penduduk di Rayagada meletak najis dan lumpur pada dua lelaki berusia 32 dan 45 tahun, kemudian ditanam selama 30 minit sebelum mereka ditemui pekerja kesihatan yang segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Mujur dua lelaki terbabit dibawa ke hospital segera dan keadan mereka stabil.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Mohon Bisoi berkata, najis lembu dan lumpur adalah terapi yang digunakan sejak sekian lama untuk merawat mangsa panahan kilat.
Pada Mei 2017, seorang kanak-kanak lelaki dari kampung Sana Litipuli meninggal dunia apabila saudara maranya meletakkan najis lembu pada badannya terkena panahan petir selama 40 minit dengan harapan mangsa dapat dipulihkan.
Dua rakan mangsa yang turut terkena petir dibawa ke hospital dan berjaya diselamatkan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2ZnZXG0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Pb5cUr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment