loading...

Monday, 26 August 2019

'Sanggup halang anak ke sekolah kerana takut 3 muka surat berkenaan jawi? Bodoh sombong' - Syed Saddiq selar kumpulan anti-khat


Awal pagi Isnin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memuat naik tweet yang menyelar tindakan Gabungan S.E.K.A.T yang mahu menghalang anak mereka ke sekolah kerana bantah keputusan berkenaan jawi, sebagai bodoh sombong. 

"Sanggup menghalang anak dari dapat pendidikan hanya kerana takut tiga muka surat berkenaan jawi yang tidak dimasukkan dalam exam dan sudahpun opsyenal. 

"You cannot get more bodoh sombong than this,' tulisnya. 


Terdahulu, kumpulan berkenaan menuntut kerajaan mengadakan dialog dengan mereka berhubung cadangan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan jika gagal berbuat demikian, SEKAT akan menyakinkan ibu bapa terbabit untuk berhenti menghantar anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes. 

"Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. 

"Kami akan adakan kempen untuk menyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah," kata jurucakap SEKAT. 

Tweet Syed Saddiq itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Berdasarkan pemerhatian, ramai netizen yang berbangsa India tidak bersetuju dengan kenyataannya itu, malah menyelarnya kerana kedudukannya sebagai menteri adalah tidak sesuai menggunakan kata-kata sedemikian. 




Tidak kurang juga netizen yang lain menyokong kenyataan Syed Saddiq. 




Menyedari tweet itu mendapat banyak perhatian, Syed sekali lagi memuat naik tweetnya berhubung perkara itu. 

"...kerajaan telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut selama sebulan, ada pihak menjadikan bidang pendidikan sebagai bahan tebusan serta tawar-menawar. 

"Kalau itu bukan angkuh, saya tak tahu apa lagi nak dikata. Pendidikan anak-anak bukan untuk tujuan tawar-menawar," tegasnya. 



from The Reporter https://ift.tt/327z4mz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Nz5a6n
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...