Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
AKU dulu memang susah nak percaya benda-benda macam ni. Pasal bunian berkahwin dengan manusia lah, apa lah. Bagi aku semua ini mengarut dan tak masuk akal. Sampailah aunty keluarga sebelah mak aku mengalami kejadian ini.
Sukar untuk aku percaya. Selama ini aku lalui liku-liku hidup seperti manusia biasa yang hanya takut akan azab Allah tetapi masih lagi melanggar perintahNya. Ya, hantu raya dan macam-macam lagi aku pernah punya pengalaman dengan mereka tetapi untuk bunian, susah untuk percaya semua ini.
Aku jenis percaya dengan apa yang aku lihat saja tetapi bila dah aunty aku sendiri cerita, takkan dia nak tipu pula? Plus, mak aku dan aunty-aunty aku yang lain pun turut mengiakan cerita ini.
Aku ni, bila aunty-aunty datang rumah, aku jenis suka sembang dan gossip. Hehe! So bila diorang datang je mesti ada topik yang nak disembangkan.
Cerita ini berlaku sewaktu mereka masih di bangku persekolahan. Adik beradik mak aku ada tujuh orang, dua lelaki dan lima perempuan. Mak aku anak perempuan sulung selepas dua orang uncle aku.
Selepas mak aku, dituruti dengan Che Roby, Che Kin, Che Jaa, Che June (bukan nama sebenar). Jadi kisah ini terjadi kepada aunty aku yang bernama Che Jaa.
Jadi dalam adik beradik ini sewaktu kecil-kecil dulu diorang macam berpegang kepada konsep Assabiah sikit haha. Mak aku rapat dengan Che Roby. Apa-apa kerja semua diorang plan berdua saja. Yang tiga lagi tu rapat bertiga. Apa-apa nak main mesti diorang bertiga.
Kejadian berlaku di belakang rumah arwah atok aku je. Rumah atok aku ni sebenarnya kampung tapi konsep dia macam taman perumahan. Belakang rumah atok aku dulu ada satu lot tanah untuk buat rumah tetapi tanah itu terbiar dan jadi macam hutan sikit. Dengan ada pokok nangka lah.
Di penjuru kawasan lot tanah itu pula ada satu busut anai-anai yang memang besar gila sampai aunty aku boleh main pondok-pondok dekat busut itu.
Aunty aku cerita, dekat tepi busut itu ada pokok bunga (aku tak ingat nama pokok itu). Senang cerita, memang banyak pokok itu keliling busut itu.
Aunty-aunty aku ni memang suka main masak-masak dan pondok dekat area busut itu sebab tempat itu strategik katanya. So macam biasa zaman kanak-kanak ni, otak kita berfikir nak main saja.
Dipendekkan cerita, Che Jaa dan Che June ni pun main la berdua dekat busut itu. Main pondok-pondok. So aunty aku seorang masak dan seorang lagi mencari daun untuk dimasak.
Tengah seronok-seronok Che Jaa ni masak-masak, tiba-tiba datang seorang pakcik ini ajak dia jalan. Aku pun tak tahulah apa yang ada di akal dan fikiran aunty aku sampai dia pun boleh terikut dengan pakcik tua itu.
Aunty aku yang seorang lagi pun datang balik dan tiba-tiba tengok teman sepermainannya tiada. Naik cemaslah! Jadi Che June pun balik rumah dan beritahu atok yang Che Jaa dah hilang. Mak ayah bila dah hilang anak, hanya Allah saja yang tahu perasaan dia.
Arwah atok aku pun pergilah cari. Diorang cari merata-rata tempat tetapi tak jumpa-jumpa. Keadaan semakin kelam kabut. Kalau jadi dekat aku, mungkin dah pitam waktu tu. Anak hilang kot.
Usaha mencari tetap diteruskan. Mereka tidak berputus asa untuk mencari. Pencarian mereta dituruti dengan doa agar Allah memudahkan urusan.
Kejadian ini merupakan kali pertama arwah atok dan nenek aku lalui. Jasad anak entah di mana, hilang tanpa berita, suara tidak lagi kedengaran. Mereka terus lagi mencari.
Pencarian tidak berhenti, usaha demi usaha diteruskan sampai aunty aku ditemui.
Cuba teka mereka jumpa aunty aku di mana?
Keadaan aunty aku seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kelihatan kebingungan dan kehairanan. Sebenarnya aunty aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri dia sendiri.
Arwah atok jumpa aunty di busut itu, sedangkan mereka cari tetapi tiada sesiapa di situ. Apa yang memelikkan lagi keadaan apabila aunty aku dijumpai dalam keadaan kaki berlumpur. Sedangkan kawasan busut itu tak ada lumpur pun.
Persoalannya ke mana aunty aku pergi? Sampai ke hari ini mereka tidak tahu dan aunty aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri dia. Mungkin bagi korang kurang seram tetapi bagi aku seram sebab aku sendiri pernah tengok kawasan tempat diorang bermain itu.
Walaupun kawasan itu dah dibangunkan tapi rasa seram itu masih ada dan aku pun suka bermain pondok-pondok masa kecil dulu. Maksud aku, suka buat-buat pondok then berkhemah di situ.
Sumber: @AqilRasid
from The Reporter https://ift.tt/2NmuJaS
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Hd4QpV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment