loading...

Monday, 26 August 2019

Bengang handphone diusik, lelaki belasah isteri dan anak


Malang nasib anak dan dibelasah hanya kerana dituduh mengusik handphone milik si suami.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu di kediaman pasangan itu di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, suspek berusia 40 tahun menuduh isterinya mengusik handphone miliknya lalu berlaku pertengkaran di antara mereka. 

Suspek kemudian bertindak ganas menendang pinggang isterinya berusia 43 tahun itu sehingga rebah. Si anak yang cuba membantu melindungi ibunya turut dipukul sehingga berlaku pergelutan di antara mereka. 

Kedua-dua mangsa kemudian keluar dari rumah kerana bimbang dicederakan lebih teruk. Si ibu mengalami kecederaan di badan, manakala anaknya luka di bahagian dada akibat digigit suspek. 

Suspek juga mengugut mahu mengambil dan menjual semua barang-barang dalam kediaman mereka. 

Mangsa membuat laporan di IPD Kuala Terengganu pada jam 2.36 pagi sehari selepas kejadian. Bertindak di atas laporan itu, suspek ditahan 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos, mengesahkan kejadian itu dan suspek direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2NDr4FA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Zkxsc0
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...