Lelaki berusia 34 tahun dari Sibu, Sarawak, Yung Fei Kong, dilaporkan bertengkar dengan teman wanita berusia 27 tahun yang kemudian melarikan diri.
Yung cuba mengejar teman wanitanya yang berkaki ayam itu dari Central Market Sibu ke rumah kedai.
Lapor Shihua Daily, apabila pasangan itu tiba di rumah, kedua-duanya kepenatan.
Si wanita itu berkata, teman lelakinya pengsan di tangga dan dia pada awalnya menyangka lelaki itu kepenatan selepas berlari jauh. Lalu dia kembali semula ke central market untuk mencari seliparnya yang tertinggal.
Apabila dia kembali mendapatkan teman lelakinya itu, dia mendapati mangsa sudah tidak bernyawa di tangga dan kedudukannya sama seperti ketika dia meninggalkan lelaki itu.
Saksi kejadian terus menghubungi polis. Malangnya apabila mereka tiba, mangsa tidak sempat diselamatkan.
Pihak perubatan dikerahkan ke lokasi tetapi hanya dapat mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Ketika disoal siasat, wanita itu berkata mereka bertengkar pada jam 8 pagi dan apabila dia kembali ke tempat itu lebih kurang jam 9 pagi, mangsa telah meninggal dunia.
Teman wanita mangsa menangis kesedihan kerana tidak menyangka hubungan mereka berakhir dalam keadaan yang tidak baik.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
Sumber: Shihua Daily, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2KSd7kh
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZdUyQI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment