loading...

Monday, 19 August 2019

Budak lari dari rumah untuk bertemu dengan janda dikenali dalam mobile game untuk lakukan hubungan intim


Seorang ibu tunggal di Bandar Takamatsu, dilaporkan telah melakukan hubungan intim dengan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, lapor China Press. 

Difahamkan, mereka berdua selalu 'bertemu' dalam permainan video game (mobile). Kanak-kanak itu sanggup melarikan diri dari rumahnya sejauh 490 kilometer, semata-mata mahu bertemu dengan Rika di rumah yang kemudian mengadakan hubungan intim. 

Rika juga ada memuat naik beberapa gambar dirinya bersama kanak-kanak berkenaan di akaun media sosial miliknya. 

Menurut Rika, sebelum itu dia selalu bertemu dengan lelaki yang tidak jujur dan mengkhianati kepercayaannya. 

Rika yang mempunyai ketinggian 156 sentimeter dan miliki wajah yang cantik sangat popular ketika di zaman sekolah menengahnya. Namun dia yang merupakan seorang introvert tidak selalu keluar dari rumah dan kerap menghabiskan masa untuk bermain video game dan hanya mempunyai beberapa orang kawan sahaja. 

Rika ditahan polis dan membuat perjanjian dengan keluarga kanak-kanak lelaki itu yang mereka tidak akan berhubung lagi biarpun kanak-kanak itu enggan melepaskan Rika. 

Berdasarkan undang-undang Jepun, orang dewasa yang melakukan hubungan intim dengan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan yang serius. 

Rika dihantar ke institut perubatan pakar untuk diberi kaunseling dan rawatan pedofilia. 



from The Reporter https://ift.tt/2Nfx87h
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Z8GLXG
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...