Tergamak seorang wanita cuba membunuh ibunya agar dia dapat menggunakan pampasan insurans ibunya agar dia dapat mengeluarkan teman lelakinya dari penjara.
Kanchana Srisung, 25, mengupah dua lelaki untuk menembak ibunya, Ueamduean Srisung, 55, di daerah BeungKum, Bangkok, Thailand.
Dalam kejadian yang berlaku pada 22 Jun itu, Ueamduean dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang basikal dan ditembak di bahagian dada.
Mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan koma selama sebulan. Namun mangsa berjaya pulih semula dan terus membuat laporan polis.
Bertindak di atas laporan, polis menyiasat isi kandungan telefon bimbit anak mangsa dan mendapati wanita itu merancang untuk membunuh ibu kandungnya sendiri dengan menggunakan khidmat dua suspek terbabit.
Kanchana bersetuju untuk membayar 200,000 baht kepada suspek bagi melakukan jenayah itu.
Susulan itu, polis menahan suspek, Prachern Krabinrot, 40, dan Dao Chaengpradith, 35 pada Sabtu lalu.
Kanchana, ibu kepada dua anak mengaku merancang pembunuhan itu agar dia dapat mewaris segala harta ibunya.
Kesemua suspek didakwa cuba membunuh dan dua daripadanya juga didakwa memiliki senjata api secara haram.
"Teman lelaki saya dipenjara kerana dadah dan saya perlukan duit untuk keluarkan dia.
"Saya upah Parchern dan Dao untuk bunuh ibu saya dengan harapan dapat mewaris segala harta dia kerana saya tahu dia mempunyai tiga insuran selain memiliki hartanah yang bernilai lebih 10 juta baht.
Nenek suspek, Pom, 80, berkata, itu bukan kali pertama cucunya merancang untuk membunuh anaknya.
"Anak saya pernah ditembak pada bulan Januari lalu tetapi dia bernasib baik kerana tembakan itu tersasar.
Sementara itu, Ueamduean berkata, dia akan memaafkan perbuatan Kanchana tetapi tidak akan sesekali melawatnya di penjara.
"Saya tidak hubungi polis ketika kejadian pertama kerana saya kasihankan dia yang melakukan kesilapan.
"Tetapi kali ini saya rasa terancam. Saya boleh maafkan dia tetapi tidak akan lawat dia di penjara. Biar polis buat kerja mereka," katanya.
Polis percaya, Kanchana terdesak untuk berbuat demikian selepas ditekan oleh teman lelakinya.
"Walaupun Kanchana telah mengaku, kami masih perlu menyiasat lebih lanjut kerana dia tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
"Kami percaya teman lelaki Kanchana yang memaksa dia berbuat demikian," katanya.
Sumber: Mirror
from The Reporter https://ift.tt/31FOfTI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YXD4Zu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment