loading...

Monday, 26 August 2019

Keluarga Adib dibenarkan 'heret' Peguam Negara ke mahkamah kerana menyebabkan prosiding inkues kematian Adib tertangguh


Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia (JPBM).


Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ex- parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, mahkamah mendapati wujud prima facie atas imbangan keberangkatan.

Menurutnya, daripada dokumen yang difailkan oleh peguam keluarga Muhammad Adib, terdapat asas kebarangkalian bahawa berlaku satu tindakan yang dibuat oleh Tommy menjurus kepada penghinaan mahkamah.

"Afidavit yang dikemukakan oleh bekas Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada 3 April lalu menjadi rentetan hingga wujudnya gesaan agar inkues ini digantikan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)," katanya.

Beliau berkata, perkara itu telah menimbulkan persepsi terhadap inkues yang dijalankan olehnya atas arahan Peguam Negara sendiri untuk merungkai punca kematian Muhammad Adib.

"Ia meletakkan seolah-olah inkues ini sebagai satu wayang dan integriti serta ketelusan dipertikaikan,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Mohd Kassim, 65, sebagai bapa Muhammad Adib memfailkan permohonan itu.

Terdahulu, Tommy didakwa membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu.

Tommy juga didakwa telah campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan (‘unlawful interference in the cause of justice’).

Ekoran campur tangan salah itu, Tommy didakwa telah menyebabkan prosiding inkues kematian Muhammad Adib tertangguh, sekaligus melengahkan keadilan daripada dicapai.

Mohd Kassim, juga mendakwa Tommy menindas peguam Syazlin Mansor daripada melakukan tugasannya sebagai Peguambela dan Peguamcara dan pegawai Mahkamah yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPBM dan keluarga Muhammad Adib.

Pada 15 April lalu, Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk menjadi pemerhati dalam inkuri tersebut setelah Tommy menyatakan kecederaan dialami Muhammad Adib bukanlah dipukul pada perenggan ke-5 dan 6 afidavit tersebut.

Muhammad Adib,24, parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2NzORXh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/329dVIK
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...