Peminat watak superhero Spider-Man hari ini dikejutkan dengan berita 'perceraian' Sony Pictures dengan Disney yang bermaksud filem Spider-Man versi Marvel Cinematic Universe (MCU) juga berakhir.
Menurut sumber, jangka hayat francais Spider-Man terbitan Marvel Studios terpaksa dihentikan apabila Sony dan Disney tidak berjaya mencapai kata sepakat dalam perbincangan mengenai terma dan syarat kedua-dua pihak.
Bak kata pepatah, "sudah diberi betis, nak paha pula", begitulah analogi yang boleh disimpulkan dalam kancah terbaru di antara kedua-dua pihak ini.
Difahamkan, dalam terma baru ini, Disney meminta menaikan perkongsian keuntungan sama rata iaitu 50-50 untuk filem Spider-Man akan datang.
Tidak dinafikan Disney di bawah pengurusan Kevin Feige telah berjaya melonjak saham Spider-Man dengan kutipan US$2 bilion untuk dua buah filem Spider-Man terbitan MCU.
Namun pihak Sony Pictures tidak bersetuju dan meminta Disney kekal dengan terma lama yang masih menguntungkan Disney.
Sony yakin bahawa mereka sudah mampu berdiri sendiri tanpa bantuan Marvel Studios dengan pengalaman dan 'blue print' yang mereka timba ketika bersama Feige.
Perbincangan di antara kedua-dua pihak itu mengenai nasib karekter itu masih berjalan, termasuk sama ada filem Spider-Man masih menjadi sebahagian dari MCU.
Sementara itu, para peminat Spider-Man meluahkan rasa kecewa dengan berita itu. Bagi mereka, Tom Holland sangat sesuai memegang watak superhero itu yang juga merupakan impiannya untuk menjadi Spider-Man sejak dari kecil lagi. Malah kata mereka, bakat Tom Holland tiada tandingannya dan sekiranya digantikan dengan pelakon baru, pastinya filem tersebut akan tidak setanding dengan filem yang sebelumnya.
Sumber: Movie Addict Malaysia, BuzzFeed
from The Reporter https://ift.tt/2Z2BXrA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MshVA9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment