loading...

Thursday 15 August 2019

Lelaki bunuh diri kerana gagal melindungi teman wanitanya yang hamil dirogol 5 lelaki


Seorang remaja perempuan mengalami keguguran selepas dia dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki di Banswara, barat India. 

Remaja berusia 19 tahun itu hamil lapan minggu ketika dia dan teman lelakinya diserang lima suspek bersenjatakan parang dan batang besi. 

Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan ke kampung dari bandar Banswara dengan menaiki motosikal pada jam 10 malam 13 Julai. 

Tiga suspek menahan pasangan itu lalu menyerang si lelaki sebelum merampas telefon bimbitnya dan memaksa dia beredar dari tempat kejadian. 

Gagal menyelamatkan teman wanitanya, dia pulang ke kampung sebelum ditemui mati tergantung di sebatang pokok. 

Polis Daerah Banswara, Parbati Lal berkata, tiga suspek terbabit berada di bawah pengaruh alkohol dan membawa mangsa ke satu tempat sebelum dirogol beramai-ramai. 

Tiga suspek bernama Sunil, Vikas dan Jitendra kemudian membawa mangsa ke kampung Sunil dan mengajak dua lagi rakan mereka, Naresh dan Vijay untuk merogol mangsa. 

Lima suspek itu kemudian meninggalkan mangsa di tepi jalan sekitar jam 4 pagi pada 14 Julai. 

Mangsa tidak melaporkan kejadian itu tetapi polis menahan Jitendra susulan kematian teman lelaki mangsa. 

Difahamkan, suspek memberikan telefon bimbit yang dirampas dari mangsa kepada isterinya dan dari situ polis berjaya mengesan lokasi rumah suspek. 

Polis juga mendapati, mangsa rogol ada membuat beberapa panggilan ke telefon bimbit itu. Dengan menggunakan teknologi yang ada, mereka berjaya mengesan mangsa yang sedang dirawat kerana mengalami keguguran.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan lima suspek terbabit ditahan dan didakwa di mahkamah semalam. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2YSYWFk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TzZMB0
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...