loading...

Sunday, 4 August 2019

Gagal tunai janji pilihan raya, datuk bandar dipaksa pakai pakaian wanita & diarak keliling bandar


Gagal tunaikan janji yang dibuat semasa pilihan raya, seorang Datuk Bandar di selatan Mexico dipaksa memakai pakaian wanita oleh penduduk yang berang. 

Javier Jimenez yang memakai skirt labuh berwarna hitam dan blaus putih bercorak bunga itu turut dirakam dan disebarkan di media sosial. 

Tidak terkecuali, pembantunya, Luis Ton juga menerima nasib yang sama di mana dia dipaksa memakai gaun berwarna merah jambu. 

Kedua-duanya diarak mengelilingi San Andres Puerto Rico, wilayah Huixtan selama beberapa hari kerana gagal memperuntukkan 3 juta peso (RM645,954) untuk kos penambahbaikan sistem pengairan bandar itu. 

Ketika ditemui media, Jimenez berkata dia telah mencuba menunaikan janji-janji itu tetapi tidak mempunyai wang di pejabatnya kerana ia telah diagihkan kepada beberapa majlis perbandaran. 

Selain itu, Jimenez menegaskan dirinya tidak bersalah dan bersedia memberi kerjasama sekiranya pihak polis mahu menjalankan siasatan terhadapnya. 

Sumber: Astro Awani


from The Reporter https://ift.tt/2ZsQGZ0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KgwEM7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...