loading...

Monday, 14 January 2019

Bayi 17 bulan baru belajar berjalan, maut dilanggar kereta di rumah pengasuh


Bayi perempuan berusia 17 bulan yang baru belajar berjalan maut dilanggar kereta di rumah pengasuhnya, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 5 petang semalam di Taman Kesedar Putra, Gua Musang, mangsa, Aamina Inayah Mohd Hafezul, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), 30 minit selepas kejadian. 

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, ibu kepada pengasuh berusia 54 tahun ketika itu cuba mengalihkan kereta Toyota Fortuner yang berada di luar garaj. 

Pengasuh bayi berusia 20 tahun itu pula berada di dalam rumah dan tidak menyedari mangsa yang baru bolehberjalan itu keluar dari rumah. 

"Pengasuh menyedari kehilangan bayi itu mencarinya dan terdengar suara menangis sebelum melihat bayi berkenaan terbaring di tepi hadapan kenderaan terbabit. 

"Pengasuh bersama ibunya mengangkat bayi itu lalu dikejarkan ke HGM, tetapi mangsa meninggal dunia setengah jam ketika menerima rawatan," katanya. 

Difahamkan, bayi itu ditinggalkan pada pengasuh sejak seminggu lalu oleh bapanya yang bekerja, manakala ibunya pula bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi. 

Menurut pengasuh, dia tidak menyangka tragedi terbabit berlaku. Dia sentiasa mengawasi pergerakan Aamina Inayah. Namun pada ketika itu mungkin dia terlalai dan tidak menyedari mangsa keluar ke garaj kereta. 

"Biasanya bapa bayi itu datang mengambilnya pada jam 5.15 petang setiap hari dan saya amat sedih dengan kemalangan itu," katanya. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2QL8xFj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DaFOpO
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...