loading...

Sunday, 13 January 2019

'Abang akan terus berada di sini sehingga sayang sedar,' - Isteri koma selepas melahirkan anak sulung


Mohd Saiful Sudin, 29, tetap setia menunggu di sisi isterinya, Norfadilla Che Par, 28, yang koma selepas melahirkan anak sulung mereka pada November lalu. 

Menurut Mohd Saiful, isterinya kini terpaksa bergantung dengan bantuan mesin pernafasan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perepuan Zainab II (HRPZ II). Keadaannya itu menyebabkan Mohd Saiful terpaksa mengorbankan kerjanya sebagai buruh, sekali gus hilang punca pendapatan demi menunggu isterinya pulih biar berapa tahun sekali pun. 

Sementara itu, anaknya, Muhamad Syahmi, 2 bulan, kini dijawa oleh kakak iparnya, Norhasirah, di Kampung Kok Lintang, Bachok. 



Mohd Saiful nekad untuk terus menunggu isterinya di hospital kerana dia mahu menjadi orang pertama yang melihat isterinya sedar daripada koma. 

"Saya akan terus berada di sini sehingga isteri sedar dan sihat. Kalau boleh saya nak ganti tempatnya, biar saya yang rasa sakit itu. 

"Sehingga kini saya masih ingat yang isteri bersungguh-sungguh mahu menyusukan sendiri anak yang dilahirkan, namun hasratnya tidak kesampaian," katanya yang terus positif dan yakin dengan kuasa Allah bahawa isterinya akan pulih dan sedar seperti  sedia kala. 

Difahamkan, semuanya bermula apabila Norfadilla berdepan dengan masalah tiada tanda untuk melahirkan anak di mana dia sepatutnya bersalin pada 8 November lalu. Selepas seminggu tidak berasa sakit, Norfadilla dibawa ke hospital dan melalui tiga proses gesaan bersalin selama tiga hari berturut-turut. Namun bukaannya tetap dua sentimeter. 

Selepas pasangan itu berbincang, Norfadilla akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan. Namun ketika proses itu berjalan, Mohd Saiful dimaklumkan bahawa isterinya mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya berhenti selama 10 minit dan oksigen tidak sampai ke bahagian otak. 


"Biarpun anak selamat, isteri saya koma dan bergantung dengan mesin bantuan pernafasan sehingga kini," katanya. 

Mohd Saiful tidak menyalahkan pihak hospital yang baginya telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan isteri dan anak mereka. 

Difahamkan, Norfadilla ada membuka matanya pada minggu lalu, tetapi tidak memberikan sebarang maklum balas. 

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun BSN 0300941000166384 atas nama Mohd Saiful Sudin.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2Ciu1V5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Ro7n7S
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...