loading...

Friday, 30 November 2018

(Video) Aliff Syukri rugi RM50,000, kucing Savannah hilang akibat kecuaian pekerja



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rf9P1h
via IFTTT

'Sakitnya tangan kena cengkam, rupanya contraction isteri dah mula' - Inilah pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin


APA sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami.

"Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room".

Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini. Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang-tenang je masuk labour room.

Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial-kial nak isi buku pelawat. Tiba-tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain-lain. Pengawal itu pun dah pandang semacam je.

Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala-ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. 

"Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit", kata saya kepada diri sendiri. 

Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.

Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.

"Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang", kata isteriku sambil tersenyum manis. 

Tiga kali dah saya di sini. Tiga kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada. Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang doktor pelatih lelaki. Awal-awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak doktor perempuan sahaja. 

"Boleh, jangan bimbang" katanya.

Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.


"Puan nak makan ubat tahan sakit tak?", soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. 

Kami pun macam terpinga-pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby okey dan bukaan baru 4 cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.

Sambil berbual-bual, saya urut-urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar-sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.

Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya "contraction" isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.

Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa-apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila "contraction" itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.

Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5 cm katanya. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.

"Eh, dah boleh dah ni. 8 cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?".

Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba-tiba masuk dua orang doktor pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.

Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-
  1. Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.
  2. Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.
  3. Jangan teran sikit-sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.
  4. Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama - lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut-sangkut.
  5. Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.
  6. Set masa bila nak buat "final push". Masa ni ialah masa untuk teran habis-habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.
Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya "nak potong apa? Jangan!". Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.

Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam-dalam dan bersama dengan saya, kami sama-sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.

Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde apa-apa, tapi sebenarnya amat membantu isteri.

Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali-kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.

Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah-muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit.


Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga-bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..

Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.
  1. Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.
  2. Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.
  3. Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam - jam menunggu.
  4. Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.
  5. Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.
  6. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie.
Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini.

Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.

Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.

Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

BroOhsem - 1251 patah perkataan.


from The Reporter https://ift.tt/2SoMohu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SkPanS
via IFTTT

'I nak isi minyak kereta pun tak tahu, teruknya hidup' - Netizen geleng kepala tengok video keluhan pelakon ini


"Isi minyak kereta pon tak reti," demikian tweet respon netizen terhadap video viral seorang pelakon wanita yang mengakui dia tidak pandai mengisi minyak kereta. 

Video yang dimuat naik oleh Twitter Roti Kaya Khamis lalu menunjukkan Intan Najuwa berkata hidupnya huru hara berikutan pembantunya cuti. 

"Okey today hidup I sangat huru hara sebab PA I cuti. SO, I nak isi minyak kereta pun I tak tahu macam mana. Teruknya hidup, ya Allah..." katanya. 



Netizen pula bagaikan tidak dapat menerima alasan itu dan menasihatkan Intan agar tidak terlalu bergantung kepada pembantunya itu. 

"It's okay tak reti isi minyak. TApi it's not okay tak reti isi minyak, lepas itu mengeluh masuk story. Tak reti isi minyak, minta tolong pekerja isikan, dah selesai. Benda simple untuk selesaikan tak perlu mengeluh sampai macam ni," kata @Nonameila. 



"Benda boleh belajar kot. Time PA kau cutilah kena belajar. Sampai bila nak berharap kat orang," kata @DNadia2018. 



Walau bagaimanapun, ada golongan wanita mengakui diri mereka juga seperti Intan dan adalah tidak adil untuk mengkritik pelakon itu secara melampau. 

Jika anda tidak mengetahui cara-cara untuk melakukan sesuatu itu, paling teruk sekali pun manfaatkanlah Google. 


from The Reporter https://ift.tt/2ADFeyu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rgJqQG
via IFTTT

Harga petrol RON97 turun 31 sen


Harga petrol RON97 turun 31 sen ke RM2.50 untuk bulan Disember.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan perkara ini di laman rasmi Facebooknya hari ini.
Harga baharu ini berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Disember, 2018.

Harga petrol RON95 dan diesel kekal sejak Mei 30 – RON95 (RM2.20 seliter) dan Euro 2M diesel (RM2.18 seliter) dan Euro 5 diesel (RM2.28 seliter). - Astro Awani


from The Reporter https://ift.tt/2QxJtWe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DTLrcN
via IFTTT

Thursday, 29 November 2018

'Kau ingat level soalan SPM sekarang sama dengan level soalan zaman kau dulu?' - kata pelajar tetapi lelaki ini pula kata sebaliknya...


Laman troll yang menyerupai sebuah portal berita online baru-baru ini memuat naik tweet berikut: 

"#SPM2018 Budak-budak SPM pandai dan lantang bersuara di laman sosial tetapi hakikatnya mereka bodoh di dunia sebenar. Berita selanjutnya di... 7.45." 


Tweet itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati seorang pelajar SPM yang berang dan mendakwa pengendali Twitter troll itu tidak memahami bahawa peringkat soalan SPM tahun ini tidak sama dengan zaman SPM yang lalu. 

"Jawablah, tengok bodoh tak bodoh. Kat sekolah belajar lain, kat SPM keluar lain. Suka hati nak cakap orang bodoh.

"Kau ingat level soalan SPM sekarang sama ke dengan level soalan SPM zaman kau dulu? Aku bengang ah ni nak cakap orang bodoh suka hati," remaja perempuan berkenaan. 


Tweet itu juga mendapat perhatian dari Asfan (@arcx13) yang berpandangan bahawa golongan pelajar hari ini lebih banyak menghabiskan masa di media sosial berbanding memanfaatkan waktu untuk mengulangkaji pelajaran. 

"Tiap-tiap tahun mesti ada spesis macam ini keluar. "Soalan SPM kitorang bukan macam zaman korang". No, kids. It's because you're spending more time on social media than you should. 

"Every damn year, guys. 
  • 3 bulan sebelum SPM: Tak fokus study
  • 3 minggu sebelum SPM: Masih 24 jam di laman sosial
  • 3 hari sebelum SPM: 'Study' di Mekdi
  • Selepas paper maths: "Soalan tahun ini bukan macam zaman korang la but*!"


"Dan tiap tahun aku tweet benda sama sebab aku jaga exam. Masa budak jawab, aku jawab sekali dengan soalan lebihan (Kalau ada dan boleh diconteng). Kalau fokus dan dedikasi, InsyaAllah boleh jawab. Tapi prioriti ramai anak muda (di laman sosial) sekarang tak betul. 

"Untuk tingkatan 4 sekarang, dengar nasihat orang yang terdahulu. Zaman kami, cuti hujung tahun form 4 pun dah berpeluh-peluh gementar nak hadapi SPM tahun berikutnya. Time cuti buat latihan. Usaha guru dan murid mesti membuahkan hasil," tulisnya. 

Apabila ditanya apa kaitannya dengan media sosial, Asfan berkata, remaja kini lebih gemar menghabiskan banyak masa mereka di media sosial berbanding buku. 

"Generasi SPM sebelum ini tidur pun dengan buku, bukan busy fikir nak buat video bakar buku dan sebarkan di laman sosial," tulisnya. 

BERITA BERKAITAN: 


from The Reporter https://ift.tt/2DS0Rym
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KGGqWq
via IFTTT

'Apsal banyak komen pervert?' - Biadab! Video Bella Hadid makan nasi lemak dicemari komen lucah


Okay, Roti Kaya muat naik video model Amerika, Bella Hadid atau nama sebenar Isabella Khair Hadid, 22, sedang makan nasi lemak di Instagram, dua hari lalu, mendapat banyak reaksi netizen. 

"Sedap nampak Bella Hadid makan nasi lemak," kapsyen video tersebut. 

Bagaimanapun, di ruangan komen dipenuh dengan komen-komen berunsur lucah dari golongan lelaki, tidak kurang juga dari golongan wanita. 

Komen-komen seperti itu membuatkan netizen lain berasa jijik dan meloyakan. 




"Semua dok komen pasal nasi lemak dia. Dah macam tak ada adab. Hmm.." - @xirns

"Reading all the comments from these kind of men makes me embarrassed and disgusted at the same time. Y'all men really had no shame anymore.

"Bila kata trash, kang marah. Tapi itulah, dah kenyataan. Malu dengan perangai lelaki Melayu ni," - @uniqxnv

"Lelaki Melayu boleh tak stop tunjuk perangai jijik pervert itu?" - @salmahfox. 

Tidak kurang juga, netizen mempertikaikan apakah niat sebenar pengendali laman itu cuba tunjukkan. 

"Nasi lemak mana yang ko promote min?" - @anakjatimelaka.


from The Reporter https://ift.tt/2zvpHRO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Q0MD5A
via IFTTT

(Video) Isteri maut dilempar bom ikan oleh suami yang enggan bercerai


Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang didakwa membunuh isterinya dengan menggunakan bom ikan, lapor Tribun News

Mohammad Ibnu, 40, ditahan di rumah saudaranya di Kampung Ngempit, Pekan Kraton, Pasuruan, Indonesia, semalam. 

Ketua Polis Pasuruan, AKBP Rizal Martomo berkata, suspek didakwa dengan nekad melempar bom ikan ke arah isterinya kerana tidak mahu bercerai. 

Difahamkan, pasangan itu sudah tidak tinggal bersama dan mangsa mahu mereka bercerai. Tetapi, lelak iitu tidak dapat menerimanya lalu nekad melempar bom ikan pada mangsa. 

"Motif awal kejadian adalah suspek marah kerana mangsa mahu bercerai dengannya. Tidak dapat menerima hakikat itu, suspek melempar bom ikan ke wajah mangsa, yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis berkerja," katanya. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah kepala dan maut di tempat kejadian. 

Suspek juga mengalami kecederaan di muka dan tangan akibat terkena serpihan bom ikan itu.

Mayat mangsa dibawa ke hospital, sementara itu suspek juga berada dalam keadaan kritikal dan diberikan rawatan sehingga pulih sebelum diambil keterangannya oleh pihak polis. 



from The Reporter https://ift.tt/2KMxEGE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2AyKlA0
via IFTTT

Isteri maut dicekik suami kerana tolak ajakan 'bersama'


Berang permintaannya untuk mengadakan hubungan intim ditolak, lelaki berusia 38 tahun tergamak mencekik isterinya yang berusia 37 tahun sehingga mati. 

Suspek, M Januri, mengaku berbuat demikian kerana isterinya, Sulasmini, menolak ajakannya untuk melakukan hubungan seks dalam kejadian Isnin lalu. 

Suspek berkata, selepas mencekik isterinya sehingga mati di katil kelamin mereka, dia tidak melarikan diri, malah tidur di sebelah mayat isterinya. 

"Selepas membunuh, suspek tidur di sebelah mayat isterinya. Bila tiba waktu subuh, suspek bangun dan mengerjakan solat subuh sebelum pergi ke sawah," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Blora, AKP Heri Dwi Utomo. 

Menurut Heri, di waktu tengah hari, Heri sempat pulang ke rumah dan di saat itu, ibu mangsa, Sarmini, 55, telah menemui mayat anaknya dalam keadaan tidak bernyawa. 

"Ketika itu, ibunya menyangka Sulasmini mati akibat dipatuk ular berikutan ada kesan luka di bahagian leher, ditambah pula dengan keterangan palsu dari suspek. 

"Keluarga mangsa kmeudian mengebumikan mangsa di tanah perkuburan dan si suami juga turut serta sepanjang proses menghantar jenazah isterinya ke liang lahat," katanya. 

Namun beberapa hari selepas dikebumikan, polis berjaya merungkai punca kematian mangsa di mana mangsa mati dibunuh oleh Januri, bukannya dipatuk ular seperti yang didakwa. 

"Setelah disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya dengan cara mencekik lehernya," kata Heri. 

Polis masih menyiasat kejadian itu dan kubur mangsa akan digali semula untuk membantu siasatan.

Sumber: Tribun News


from The Reporter https://ift.tt/2DQBv3W
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TSuTHM
via IFTTT

Bayi 9 bulan dicabul dan dibunuh lelaki berhalusinasi


Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan polis kerana didakwa mencabul dan membunuh bayi berusia sembilan bulan, lapor Tribun News

Kejadian itu berlaku di Pekan Kota Baru, Bandar Ende, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, di mana perbuatan suspek terbongkar berdasarkan seluar dalam yang digunakannya untuk menutup badan mangsa. 

"Ketika melihat seluar dalam yang menutupi mayat mangsa, penduduk berkata seluar dalam itu selalu dipakai oleh suspek dan mereka meminta polis menyoal siasat lelaki terbabit dan ternyata suspek mengakui melakukan jenayah itu," kata Pegawai Penyiasat Ende Iptu Sujud Alif. 

Menurutnya, suspek nekad mencabul dan membunuh mangsa kerana mengalami halusinasi di mana suspek menyangka bayi itu adalah teman wanitanya bernama Lenta, 30. 

Sebelum kejadian itu, suspek yang dalam keadaan berhalusinasi pergi ke rumah mangsa dan membawa bayi itu keluar dan di saat itulah suspek melakukan pencabulan terhadap bayi terbabit. 

Iptu juga dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa suspek juga mengalami masalah gangguan jiwa dan bagi memastikan kesahihan itu, suspek akan menjalani pemeriksaan di Hospital Sakit Jiwa Naimata Kupang. 



from The Reporter https://ift.tt/2E4nel6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2AyVNM6
via IFTTT

'Kalau genius sangat, daftar saja SPM' - Netizen tegur Adi Putra


Baru-baru ini, media melaporkan remaja genius dalam subjek matematik, Adi Putra Abdul Ghani, meluahkan rasa kecewanya dengan sistem pendidikan di negara ini. 

Dalam kenyataannya itu, Adi mengakui modul pendidikan yang diikutinya suatu ketika dahulu disifatkan sebagai gagal melonjakkan dirinya dalam pembelajaran seperti yang dicita-citakannya. 

Bagaimanapun, netizen pula mempunyai pandangan berbeza mengenai isu yang melibatkan pelajar genius ini. 

"Adi Putra ini sekadar tahu teknik pemudah cara untuk jawab matematik saja, bukan ada penemuan baru. Itu pun ego tak nak ambil SPM bagai. 

"Kalau genius sangat, daftar saja SPM, tak perlu masuk kelas pergi sekolah bagai. Ambil peperiksaan saja. Janganlah dah gagal, salahkan sistem," demikian tulis Zamir Mohyedin di Twitternya. 

"Einstein pun tak suka dengan sistem pendidikan di sekolahnya dulu. Tapi dia tetap habiskan pendidikan formal sebab dia tahu dia tak boleh pergi jauh sebagai ahli fizik kalau tiada pendidikan formal. Itu Einstein yang mampu hasilkan empat penemuan baru dalam masa setahun saja. 

"Benda ini umpama perlumbaan arnab dan kura-kura. Habiskan perlumbaan itu penting, ada kelajuan yang tinggi itu kelebihan (genius). 

"Tak salah ambil pendidikan formal walaupun kau genius ke, prodigi ke, bukan sedikit orang yang cemerlang dalam akademik lalui pendidikan formal. Hampir kesemua penerima Anugerah Nobel lalui pendidikan formal. 

"Kau penemuan baru tak ada. 'Brag' genius, dah ego tak nak ambil SPM. Einstein ini macam Adi Putra juga, jenis pandai subjek tertentu saja. Adi cuma pandai matematik. Einstein cuma pandai matematik dan fizik. 

"Masa di Zurich Polytechnic, semua subjek Einstein gagal kecuali matematik dan fizik. Bila Einstein gagal, dia salahkan sistem tetapi taklah ego sampai tak nak belajar subjek lain untuk dapatkan sijil/kelayakan. 

"Einstein sanggup belajar subjek-subjek lain untuk dapatkan sijil kelayakan supaya dapat jadi ahli fizik. Einstein memberontak tapi masih mengikut laluan yang betul. 

"Kawan aku pernah pesan, kita seorang tak dapat nak ubah sistem. Jadi menteri pun susah nak ubah sistem sedia ada. Jadi, 'survive' la dalam sitem dan 'excel' la dalam sistem. Tak ada masalah pun. Bukan sikit orang yang berjaya akademik melalui sistem pendidikan formal," tulisnya. 



from The Reporter https://ift.tt/2RtTXU8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FQNmBy
via IFTTT

'Mahal ni tuan. Minta maaf, saya betul tak perasan' - Pemandu teksi cuak terlanggar kereta mahal, namun lelaki ini....


Bila berlaku kemalangan tak kira besar atau kecil, jarang benar kedua-dua pihak mahu mengambil pendekatan menyelesaikan masalah itu dengan cara baik. Seperti lelaki ini, beliau redha dan tidak beremosi apabila berdepan dengan situasi itu. Malah, berfikir secara positif meskipun apa yang berlaku bukan berpunca daripadanya. 

Inilah salah satu contoh yang baik untuk kita jadikan sebagai teladan agar sentiasa mengambil sikap bertenang dan mengambil berat antara satu sama lain biarpun tidak mengenali seseorang itu. Jika ramai yang mengamalkan sikap sebegini, pastinya banyak perkara buruk dapat dielakkan. 


UNCLE ini keluar dari kereta dan berlari anak sambil tangan sebelah menutup kepala yang akan demam kalau lama-lama menadah hujan. Aku perasan uncle ini berlari anak sambil kaki berdengkot. 

Dengan gentle dia berkata, "I'm so sorry, I am really sorry sir!" 

Kasihan, insan yang semakin dimamah usia terpaksa meminta maaf pada orang yang berpuluh tahun muda dari dia. Dengan muka yang kelihatan runsing, letak tangan di dahi, fikirkan keadaan teksinya iaitu mata pencarian yang dah remuk akibat kemalangan. 

Aku memang tak marah langsung, tak tahu kenapa. Sedikit pun tak. 

"Mahal ni tuan. Minta maaf, saya betul tak perasan," katanya. 

"Tak apa, I claim saja nanti, I pun bukannya orang kaya mau keluar wang sendiri. You okay uncle?" 

"Okey, cuma ada terkejut sikit la tangan a bit shaking," katanya. 


Rasa kasihan dan lembut hati lihat uncle ini, teringat bapa aku di rumah. Bayangkan macam mana kalau bapa aku sendiri berada dalam situasi begini? 

"Really sorry sir," 

"It's okay uncle. Siapa yang mau excident? Benda sudah jadi, kecik punya hal. I punya kereta ini pun kereta kerja saja uncle, kereta lama. Kereta ada insurans, kita pergi buat report dan semua boleh selesai. Uncle jangan susah hati ya?" sayu aku melihat muka uncle ini yang basah dek hujan. 

Uncle Angadorai, seorang pemandu teksi berusia 62 tahun yang telah kematian isteri tercinta. Anak-anak pula sudah berkahwin, dah lepas dah katanya. 

"Saya bawa teksi ini pun untuk tampung kehidupan sendiri tuan," sambung Uncle Anga. 

"Alhamdulillah uncle, kita ni kalau anak-anak semua serba cukup, kita sudah rasa besar nikmat dan bersyukur dah," kataku padanya. 


Sepanjang lebih kurang satu jam kami di balai, sempat juga aku bergurau dengan dia. 

"Kalau uncle mau, saya banyak minnaci boleh kasi rekomen," gurau aku. 

"Saya tak mau, saya mau tunggu isteri saya sampai mata saya tutup nanti," balas Uncle Anga tersenyum tapi cukup tegas. 

Banyak perkara yang aku borak dengan uncle ini, berkisar tentang perkahwinan dan kehidupan. Bagaimana dia boleh setia bersama cinta sejati mendiang isteri walaupun tiada lagi jasad setelah berpuluh tahun hidup berpasangan. 

Selama ini kita dihidangkan dengan cerita pemandu teksi yang kurang ajar. Tapi tak semua, malah aku pun baru terbuka mata. 

"Kenapa you tak join Grab, uncle?" 

"Banyak prosedur dna peraturan yang saya tak boleh lepas. Belum campur lagi saya punya kesihatan yang tak menentu ini," balasnya. 

Uncle ini berbangsa India, iaitu bangsa yang sekarang ini tengah heboh dan tegang dengan perselisihan kaum bersama Melayu, yakni bangsa aku sendiri. Aku redhakan semua hatta ganti rugi sesen pun tak terlintas dalam kepala ini untuk aku minta.

Baik aku, baik Uncle Anga, kami tak kena saman oleh IO yang handle kes kecil ini. Bilamana urusan orang lain kita permudahkan walau apa salah dia lakukan dengan ikhlas dan redha, walau siapa pun dia tak kenal warna kulit dan agama, pasti Allah permudahkan urusan kita. 


Alhamdulillah, terima kasih kepada sarjan yang bertugas, berbudi bahasa, baik orangnya dan mempermudahkan urusan aku serta uncle. Semoga kita semua sentiasa positif dan kuat untuk segala keburukan dan kelemahan yang datang. Berbuat baik kepada orang lain, tak kira bangsa dan agama. 

Kita yang tentukan sama ada nak sejukkan keadaan atau panaskan lagi sesuatu keadaan itu. Semoga kita sentiasa positif dan kuat untuk segala ujian, keburukan dan kelemahan. 

Bangsa Melayu kita adalah bangsa yang beradab, bertamadun dan berpegang teguh kepada kebaikkan. Dan semua kenalan aku yang berbangsa India ataupun Cina, semuanya baik-baik tutur kata dan tindakkannya. 

Kalau sesiapa yang ada di sekitar Senawang, Seremban atau yang berdekatan memerlukan teksi dan pemandu yang baik serta jujur, boleh hubungi Uncle Angadorai di talian 012-6054024. Semoga tuhan merahmati kita semua. 

Sumber: Mizan Dzai


from The Reporter https://ift.tt/2Pa7HkD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SjYx78
via IFTTT

'Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah' - Uncle Dey


Baru-baru ini viral di media sosial video seorang lelaki dengan mimik mukanya marah tetapi melucukan, menghiburkan netizen. 

Bagaimanapun, ahli perniagaan, S Kanagarajah, yang berada di lokasi rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu. 

"Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah. 

"Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu," katanya. 

Beliau menyifatkan, tindakan netizen meniru gayanya adalah melucukan. 


Sehingga ke waktu ini, video tersebut masih tular di media sosial termasuk WhatsApp. Malah ada individu yang rajin mencantumkan video ahli perniagaan itu dengan babak Director Ahmad Nisfu dalam babak screen test P. Ramli.

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2BDI7kK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DND2rk
via IFTTT

Wednesday, 28 November 2018

'Pihak pemaju telah dapat perintah mahkamah untuk ambil alih pemilikan tanah sejak 2014' - Menteri KDN jelas kronologi penuh kejadian


Berikut ucapan penuh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berhubung insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, Selangor kepada Dewan Rakyat.

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Saya ingin memberi penerangan kepada Dewan Yang Mulia ini tentang satu isu penting yang menarik perhatian rakyat pada masa ini, iaitu insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, Subang Jaya, Selangor pada 26 dan 27 November 2018.Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan kronologi insiden ini.

KRONOLOGI INSIDEN

2. Pada 26 November 2018 sekitar jam 2.40 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Sejurus selepas menerima laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah mengarahkan semua unit yang berada di lapangan menuju ke tempat kejadian.

3. Pada jam 2.50 pagi, 4 buah MPV polis tiba di tempat kejadian tetapi telah dihalang masuk oleh sekumpulan lelaki India. Cermin belakang sebuah MPV telah dipecahkan di samping terdapat sebuah lori treler tangki diletak melintang menghalang jalan menghala ke kuil.

4. Pada jam 3.30 pagi, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah menghubungi pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Ibupejabat Polis Daerah Serdang untuk mendapatkan bantuan tambahan anggota. Bantuan IPD Serdang dengan kekuatan seorang pegawai dan 99 anggota tiba di tempat kejadian pada jam 4.00 pagi.

5. Pada ketika itu telah berlaku pergaduhan di dalam kuil di antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kawasan kuil. Setelah tercetus pergaduhan, sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu ini telah melarikan diri dari kawasan kuil.

6. Sejurus selepas itu, kumpulan penganut agama Hindu telah bertindak membakar beberapa buah kenderaan yang dipercayai milik kumpulan lelaki yang mencereboh kawasan kuil. Pasukan bomba telah menerima panggilan bantuan kebakaran pada jam 4.38 pagi dan tiba di tempat kejadian 25 minit kemudian untuk mengawal kebakaran.

7. Pasukan FRU pula telah tiba di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi dengan kekuatan 2 orang pegawai dan 201 orang anggota. Menjelang pagi 26 November 2018, keadaan di sekitar kuil telah berjaya dikawal oleh anggota polis dan keadaan kembali tenang.

8. Ekoran daripada kejadian pergaduhan ini, 3 orang lelaki Melayu dan 3 orang lelaki India telah tercedera. Seorang anggota polis turut mengalami kecederaan.

9. Keesokannya, iaitu pada awal pagi 27 November 2018, dianggarkan sejumlah 10,000 orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil. Selain merusuh beberapa buah kenderaan turut dibakar oleh kumpulan ini.

10. Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam kebakaran ekoran rusuhan terhadap kenderaan milik bomba. Dalam kejadian tersebut, seorang anggota bomba Mohammad Adip bin Kassim telah dicederakan oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. Beliau mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

11. Kumpulan perusuh ini juga bergerak ke pejabat One City Development Sdn Bhd. Mereka bertindak memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan peralatan di dalam bilik pameran dan membakar beberapa buah kenderaan.

SIASATAN KES

12. Ekoran insiden ini, pihak polis telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal keadaan. Memandangkan insiden ini mempunyai unsur jenayah, siasatan telah dimulakan serta-merta untuk mengenalpasti pelaku-pelaku jenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

13. Oleh kerana siasatan kes ini agak rumit dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, saya ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa sebuah pasukan petugas khas (task force) untuk siasatan telah ditubuhkan. Pasukan ini yang diketuai oleh Yang Dihormati Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, menggabungkan personel daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kontinjen Selangor, dan beberapa daerah di Kontinjen Selangor. Operasi ini dikenali sebagai ‘Ops Seafield’.

14. Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan. Sejumlah besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian iaitu:

(i) 21 buah kereta dan 6 buah motosikal yang dibakar;

(ii) 1 bilah pisau dan 2 bilah parang; dan

(iii) 7 pasang kasut, dan 3 vest;

15. Pihak polis juga telah menangkap 30 individu yang terdiri daripada 24 orang Melayu, 2 orang India Muslim, 3 orang India dan seorang Cina. Semua mereka telah direman dengan tempoh reman yang berlainan, sementara 5 orang individu yang baru ditangkap semalam direman pada hari ini.

16. Siasatan polis menjurus kepada isu perpindahan kuil yang menjadi punca rusuhan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak pemaju telah pun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil alih pemilikan tanah sejak tahun 2014. Terdapat beberapa kali percubaan oleh pihak pemaju untuk mengambilalih tanah tersebut tetapi gagal kerana terdapat bantahan daripada kumpulan penganut agama Hindu.

17. Siasatan polis mendapati pada hari kejadian, sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh masuk ke dalam kawasan kuil bertindak atas arahan beberapa individu yang bekerja dengan One City Development Sdn. Bhd. Kumpulan ini telah menerima bayaran tertentu untuk tugas mengosongkan kawasan kuil bagi membolehkan kerja-kerja pengambilalihan dilaksanakan pada pagi tersebut.

18. Siasatan polis juga mendapati sejumlah RM150,000 telah dibayar kepada individu tertentu untuk melaksanakan kerja pengosongan kuil. Kumpulan lelaki Melayu berjumlah 50 orang yang menceroboh kuil pada malam kejadian didapati menerima bayaran antara RM150 dan RM300 seorang.

19. Pihak polis telah mengenalpasti beberapa individu yang memainkan peranan dalam kejadian ini dan mereka akan dipanggil untuk menjalani proses siasatan selanjutnya. Motif kejadian ini telah pun dikenalpasti dan kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan sepenuhnya.

20. Siasatan ke atas kes pegawai bomba yang diserang pada malam 27 November 2018 juga telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan cubaan membunuh. Beberapa rakaman video telah diperolehi dan sedang dianalisa bagi mengenalpasti individu-individu yang terlibat dalam kejadian tersebut. Pihak polis juga telah mengenalpasti anggota-anggota bomba yang berada di tempat kejadian untuk dirakamkan percakapan mereka.

21. Selain itu, beberapa kertas siasatan lain telah dibuka. Antara kesalahan-kesalahan yang sedang disiasat ialah:

(i) Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api;

(ii) Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan bersenjata;

(iii) Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata;

(iv) Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan kawasan;

(v) Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu memiliki senjata berbahaya;

(vi) Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat; dan

(vii) Seksyen 124G Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan apa-apa perlanggaran keamanan.

22. Pihak polis sedang menjalankan siasatan secara profesional dengan menggunakan kaedah siasatan forensik dan saintifik sepenuhnya. Untuk tujuan ini, satu pasukan khas dari Makmal Forensik Bukit Aman telah ditempatkan di Kontinjen Selangor bagi membantu siasatan.

23. Pihak polis juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. Siasatan juga dibuat ke atas berita-berita viral bagi membantu siasatan kes di samping membuat pengesahan ke atas fakta yang dikemukakan.

INSIDEN JENAYAH, BUKAN PERKAUMAN

Tuan Yang Di-Pertua,

24. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, tiada kaitan langsung dengan isu perkauman. Ia adalah satu kejadian jenayah yang berpunca daripada pertikaian di antara syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd dan Jawatankuasa Kuil berhubung status pemilikan tanah tapak kuil.

25. Agak malang kerana tindakan pihak tertentu yang mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk mencereboh dan mengosongkan kuil pada malam kejadian telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu. Kerana angkara tindakan tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang inilah wujudnya keresahan dan prasangka dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita. Di samping itu, kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga telah mengeruhkan keadaan.

26. Saya menyeru semua pihak supaya berfikir dan bertindak secara rasional dalam menangani isu ini. Rakyat Malaysia telah mengecapi kehidupan yang aman dan harmoni sejak sekian lama. Janganlah kerana insiden jenayah yang terpencil ini kita sanggup merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

27. Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman awam, terutamanya dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil oleh pihak berkuasa demi mempertahankan perpaduan kaum, keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua.

Sumber: MalaysiaKini, Parlimen


from The Reporter https://ift.tt/2Q37zJg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2BFEdrx
via IFTTT

Lelaki rogol wanita selepas ugut dengan 3 ekor ular berbisa, mati dipatuk


Seorang lelaki ditemui mati di bilik sebuah hotel selepas mangsa membuat laporan polis dan mendakwa lelaki itu telah merogolnya, lapor Miaopai.

Dalam kejadian 22 November di bandar Jiangxi, Fuzhou, China, mangsa membuat laporan polis dan memaklumkan suspek membawa tiga ekor ular berbisa ke biliknya.

Mangsa mendakwa suspek mahu membuat hubungan seks dengan dia dan jika permintaannya ditolak, suspek akan membiarkan salah seekor ular itu mematuk mangsa. 

Oleh kerana tiada pilihan lain, mangsa terpaksa menuruti permintaan suspek. 

Selepas itu, suspek pergi ke bilik air dan bermain dengan haiwan reptilianya itu sebelum tiba-tiba menjerit meminta mangsa keluar dari bilik kerana dia telah dipatuk oleh salah seekor ularnya. 

Suspek bagaimanapun meminta mangsa tidak menghubungi polis atau paramedik. Mangsa segera keluar dari bilik hotel dan menaiki teksi terus ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian rogol itu. 

Apabila polis tiba di tempat kejadian mendapati suspek telah meninggal dunia akibat dipatuk ular dan tiga ekor ular itu masih berada di dalam bilk tersebut. 

Sementara itu, netizen di media sosial mengatakan suspek menerima balasan yang setimpal di atas perbuatan terkutuknya itu. Tidak kurang juga ada beberapa netizen yang menyalahkan mangsa mengikut lelaki itu ke bilik hotel. 


from The Reporter https://ift.tt/2P32DyF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FP52xv
via IFTTT
loading...