loading...

Thursday, 17 May 2018

(Video) Berang anak suarakan hasrat berkahwin dengan gadis pilihan, bapa cungkil mata anak


Hasrat seorang lelaki untuk berkahwin dengan gadis pilihannya tidak kesampaian apabila matanya dicungkil dengan sudu oleh bapa dan abangnya, lapor Daily Mail

Mangsa, Abdul Baqi, 22, dari kampung Nasirabad, wilayah Balochistan, Pakistan sebelum itu meminta keluarganya merisik teman wanitanya berkenaan. 

Malangnya permintaan lelaki itu dibantah keras oleh bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat beradiknya Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim yang kemudian mengikat dan mencungkil kedua-dua belah matanya. 


Ketika kejadian, ibu mangsa dikurung di sebuah bilik bagi dia menghalang mereka berbuat demikian. 

Mangsa yang kini dirawat di Pusat Perubatan Jinnah Post di Karachi berkata, "Saya memaklumkan kepada bapa dan adik-beradik saya yang saya mahu berkahwin dengan gadis pilihan saya.

"Pada awalnya bapa saya setuju, tetapi tiga jam kemudian saya dibawa ke dalam bilik oleh bapa dan empat beradik lain di mana mereka mengikat saya di atas katil dan mula mencungkil mata saya. 

"Saya menjerit kesakitan dan bertanya apa yang mereka cuba lakukan. Tetapi mereka tidak mengendahkan rayuan dari terus mencederakan saya. 

"Bapa saya gunakan bahagian belakang sudu untuk mengcungkil mata saya sebelum dia mengambil pisau dan memotong uratnya. 

"Selepas mereka berbuat demikian, saya meminta mereka keluar dari bilik tetapi sekali lagi mereka tidak endah dan mengeluarkan mata kedua. 



"Selepas mereka selesai, saya meminta mereka bunuh saja saya pada masa itu. Tetapi mereka kata mahu menjadi saya sebagai contoh kepada golongan lelaki di kampung mereka," katanya. 

Baqi kemudian dikejarkan ke hospital sebelum dipindahkan ke hospital pakar di Karachi dan doktor mengesahkan mangsa tidak akan dapat melihat lagi. 

Menurut abangnnya, Abdul Gaffar, 24, yang tidak terlibat dalam kejadian itu berkata, "Saya tiada di rumah ketika insiden itu berlaku. Saya menerima panggilan dari jiran yang memaklumkan ada sesuatu yang berlaku di rumah kami. 

"Saya segera pulang ke rumah dan terkejut apabila mendapati adik saya menangis dalam kesakitan. 

"Kami tiada duit, ada beberapa rakan dan jiran membantu kami dengan menyerahkan dana 35,000 rupee (RM2,050).



"Kami bawa dia ke hospital di Quetta dan doktor memaklumkan jika kami sempat membawanya ke Karachi, mungkin salah satu matanya dapat diselamatkan," katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat. Suspek utama, bapa dan dua beradik mangsa telah ditahan sementara dua lagi adik beradiknya yang lain telah melarikan diri.


from The Reporter https://ift.tt/2IQ1DPu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2IMpMGs
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...