Lapor Harian Metro, bekas Presiden UMNO itu yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau menjadi sasaran PH dan sering diserang dengan pelabgai fitnah bagi mencipta persepsi negatif dalam kalangan rakyat.
"Saya tidak merasakan begitu terkilan dengan kekalahan kita (BN) dalam PRU-14 yang lalu, (kerana) rakyat sudah membuat pilihan dan kita akur dengan keputusan itu.
“Cuma apa yang saya sedih... ia (kekalahan) adalah disebabkan kempen memburuk-burukkan pemimpin BN, terutamanya saya dan keluarga paling teruk diserang dengan bermacam dakwaan (tuduhan).
“Selain itu, mereka (PH) juga menawarkan janji sangat menarik, janjikan bulan dan bintang... janji yang tidak boleh ditepati pun, tapi itulah (yang rakyat) suka dengar dan akhirnya rakyat membuat pilihan dengan memilih mereka,” kata Ketua UMNO Bahagian Pekan itu ketika berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Cawangan dan Sayap-sayap UMNO Bahagian bagi 2018 di Bangunan UMNO Bahagian Pekan hari ini.
Dalam pada itu, Najib juga mengulangi kenyataannya bahawa apa yang berlaku sepanjang minggu lalu adalah perkara di luar jangkaan semua pihak, termasuk dakwaan kononnya beliau mencuri duit rakyat. Malah beliau mengkritik tindakan kerajaan PH yang mendakwa akan melaksanakan 'Rule of Law' sepenuhnya adalah tidak sejajar dengan tindakan mereka terhadap beliau dan ahli keluarganya.
“Mulanya mereka cakap nak ikut 'Rule of Law'... tapi, tuan-puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui.
“Mereka melakukan pemeriksaan dalam rumah saya... rumah anak-anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil... kasut cucu pun mereka ambil... apa maksudnya ini,” katanya.
Sementara itu dalam laporan Malay Mail bersama isteri kepada Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau kini boleh tidur lena biarpun ada beberapa bekas rakan sekutunya yang berpaling tadah ekoran kekalahan suaminya dalam memimpin BN untuk menang dalam PRU14.
Rosmah juga berkata, beliau tidak akan menyimpan dendam terhadap individu berkenaan dan menganggap apa yang berlaku itu adalah normal dalam politik.
"Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung. Tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.
"Saya tidak kisah, saya okey. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan," katanya yang kini hanya mahu memberikan fokus untuk melindungi diri dan keluarganya serta berharap agar kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin.
from The Reporter https://ift.tt/2KHO1mj
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LeZQ4w
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment