Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mayat bayi itu ditemui orang awam kira-kira 9 pagi tadi.
"Polis menerima maklumat pada 10.40 pagi daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi berkenaan.
"Siasatan mendapati keadaan bayi bengkak dan ususnya terkeluar. Bagaimanapun, masa kematian tidak dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chandra berkata mayat bayi itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat. - Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2ksHl0p
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GVXZyl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment