loading...

Sunday, 13 May 2018

'Semangat kental perjuangannya luar biasa' - Inilah Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia


Sekadar perkongsian dari Twitter @hazman92_ yang kini trending.

DISEBABKAN nama Mat Sabu (Mohamad Sabu) agak naik dan begitu popular di sosial media dua tiga hari ini, di sini adalah thread serba sedikit mengenai apa yang dilalui oleh Mat Sabu dalam perjalanan politiknya.

Mat Sabu bukanlah seorang strategis macam Rafizi Ramli, bukan seperti sosok Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan juga ada sisi pak lebai. Namun Mat Sabu aka abang Mat terletak dalam kelasnya tersendiri, semangat kental melawan rejim.


Ada sesetengah pendapat mungkin kita setuju dengan Mat Sabu, ada yang mungkin kita tak setuju dengan pendapat dan pendekatan dia. Tetapi satu perkara yang kita kena akui, semangat kental dan ketabahan dia sesuatu yang luar biasa.

Mat Sabu pernah dua kali masuk ISA. 1984-1986 dan 1987-1989. Seorang bekas aktivis ABIM, lalu menyertai PAS dan pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS. Pernah dua kali menjadi wakil rakyat Kubang Kerian (1995) dan Kuala Kedah (2004) dan pernah kalah pada tahun 2008. Dia juga pernah digelarkan jebon dalam PAS dan bersama rakan-rakan, dia keluar dan tubuhkan Gerakan Harapan Baru dan kemudiannya menjadi Parti Amanah Negara.

Apa saja Mat Sabu tak pernah rasa? Masuk penjara sudah, kena pukul sudah, kena buang daerah sudah, kena tembak dengan tear gas sudah, kena buang dek parti sendiri sudah, pernah kalah teruk PRU sudah, gerakkan demo sudah, ceramah tak sampai 10 orang pun sudah, ceramah puluhan ribu sudah, bekerjasama dengan orang yang humban dia atas akta ISA pun sudah. 


Semuanya demi perjuangan. Berapa puluh tahun dia dah berjuang? Ada politikus yang tak pernah susah dan datang dari kerusi empuk ada hati nak pertikai dia?

Mungkin kita terhibur dengan gelagat dia, seorang pelawak kadang-kadang. Tetapi jatuh bangunnya dia membolehkan dia melihat parti lawan jatuh di depan mata dia dan dia akhirnya menjadi sebahagian daripada menteri kabinet kerajaan. Finally!

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan dia, mungkin ada yang tidak menyokongnya. Tapi satu perkara yang kita perlu akui, dialah seorang ‘pahlawan’ yang sebenarnya. Semangat kental dia menjadi satu teladan.

“Kita memang memerlukan Tun Mahathir untuk bimbing kita. Sebab pintu masuk istana pun kita tak tahu kat mana..” sekali baca, kelakar bunyinya, namun maksud tersiratnya. Setelah sekian lama dia berjuang, akhirnya dia berjaya.

Masa Mat Sabu menjadi Ahli Parlimen sekitar era arwah Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia pernah dipuji oleh arwah sebab kelantangan dia berhujah dalam parlimen. Ada menteri yang pernah takut nak berlawan kelantangan dengannya.


Lim Guan Eng (LGE) dianiaya dan difitnah hanya kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol menteri, lalu LGE dihumban ke penjara Kajang. Masa LGE dilepaskan dari penjara, antara insan yang menyambut LGE adalah Mat Sabu. Rilek saja dia sambut LGE sambil naik lori.


Selain dari sifat kental Mat Sabu dan semangat yang tidak pernah berputus asa, kita akui Mat Sabu juga mempunyai aura dia yang tersendiri, yang pada pendapat aku sendiri, sebagai satu yang unik. Contohnya gaya penyampaian ceramahnya. Steady Abang Mat. Jadi menteri elok-elok, jangan dok loqlaq sudah. LOL.

Mostly credits shall be given to Hafiz Hafifi Hassan, Saudara Abu Hassan, pengikut Mat Sabu dan ahli Amanah, buku-buku politik untuk clarifications dan internet. Mat Sabu, the real working class hero.

It looks like Mat Sabu has started to make his move.


from The Reporter https://ift.tt/2rEyqw5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wBvCFN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...