loading...

Tuesday, 8 May 2018

Tilam hangus gara-gara iPhone 8 Plus dicas ketika tidur


Ramai yang gemar mengecas telefon sebelum tidur dan dibiarkan lama sehingga terlebih cas. Tetapi tahukah anda bahawa amalan itu sebenarnya boleh mengundang bahaya? 

Seorang wanita yang dikenali sebagai Luo dari Chengdu, China, telah membeli sebuah iPhone 8 Plus 64GB pada 27 Februari lalu secara online dari sebuah syarikat pengedarnya. 

Kali pertama menggunakan telefon pintar itu, Luo mendapati iPhone itu terasa cepat panas apabila digunakan terutamanya apabila dia sedang mengecasnya. 

Luo kemudian membuat pencarian secara online dan medapati masalah yang dihadapinya itu adalah masalah biasa yang kerap dihadapi oleh pengguna iPhone, lalu menyangka tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. 

23 Mac lalu kurang dari sebulan menggunakan telefon itu, Luo yang baru sahaja mahu melelapkan mata pada jam 5 pagi, mengecas iPhone itu dan diletakkan di sebelah katilnya sebelum tidur. 

Sekitar jam 12 tengah hari, Luo terbangun dan terkejut apabila mendapati iPhone 8 itu berasap dan dia segera mencabut palam pengecas itu dari suis dan memadamkan iPhone tersebut. Malah Luo mendapati tilamnya turut terbakar. 





Kepala palam pengecas dan kabel pengecas iPhonenya juga telah hancur. iPhone itu juga tidak dapat dihidupkan semula, lalu Luo mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada pusat khidmat pelanggan Apple pada hari kejadian. 

1 April, Luo menghantar iPhone 8 itu kepada pihak Apple di Shanghai seperti yang dipinta kerana mereka perlu memeriksa peranti berkenaan. Bagaimanapun selepas sebulan kemudian, Apple berkata kerosakan itu berpunca dari haba luaran yang melampau. 

"Saya minta mereka beri penjelasan lebih terperinci, pegawai khidmat pelanggan itu menjelaskan haba panas itu mungkin datang dari cuaca panas atau mejanya yang panas. Saya tidak merokok mahupun menggunakan selimut elektronik berdekatan telefon itu. Mereka boleh pula kata kerosakkan itu bukan berpunca dari mereka dan tiada sebarang pampasan diberikan kepada saya," katanya. 


Luo berkata, dia tidak dapat menerima penjelasan pihak Apple dan menegaskan dia hanya mahu menuntut sebuah iPhone baru sebagai ganti rugi dan pampasan untuk tilamnya yang terbakar itu. 

3 Mei, Luo menerima panggilan dari seorang kakitangan Apple memaklumkan dia akan menguruskan kes itu dan memberitahu Luo pihaknya akan menghantar iPhone itu ke ibu pejabat Apple untuk diperiksa. Tetapi Luo berkata, dia telah hilang kepercayaan terhadap Apple yang didakwa tidak bertanggungjawab di atas isu itu.



from The Reporter https://ift.tt/2rr1Tds
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2K4TCTJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...