loading...

Monday, 7 May 2018

'AirAsia berjaya kerana sokongan kerajaan' - Tony Fernandes


Sebuah saluran YouTube, NegaraKru, telah memuat naik video Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang berkongsi mengenai apa yang terpendam di dalam hatinya. 

Berdasarkan video berdurasi 2 minit 56 saat itu, Tony berkata, kejayaan AirAsia adalah kerana dibantu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

AirAsia yang pada awalnya hanya mempunyai dua buah pesawat, kini memiliki 230 buah pesawat. Kejayaan itu kata adalah hasil bantuan dari kerajaan pimpinan Najib yang memberi peluang untuk AirAsia menjadi jenama antarabangsa dikenali seluruh dunia. 

APA khabar semua? Saya Tony, selamat datang ke rumah saya. Saya hanya ingin beritahu anda semua apa yang terpendam dalam hati saya. 

Akan datang, satu waktu yang amat penting untuk negara ini apabila kita membuat keputusan tentang kerajaan mana yang kita mahukan dan pemimpin mana yang kita ingin pilih untuk membawa kita ke arah yang lebih baik. 

Seperti yang anda maklum, kehidupan saya ibarat sebuah cerita yang penuh liku dan bahagia. Jadi saya rasa penting untuk anda mendengar kisah saya. 

Saya mulakan perniagaan saya dengan mempunyai dua buah pesawat pada ketika seluruh dunia seolah-olah menentang kami dan dalam tempoh 10 tahun, kami lihat kerajaan telah membantu dan memberi kami peluang untuk menjadikan kami sebagai salah satu daripada jenama antarabangsa yang terbesar di dunia dan kami sedar bukannya mudah untuk sebuah syarikat dari Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan yang sebegitu yang besar.

Kami telah memenangi banyak anugerah dan saya memberikan kredit kepada kerajaan yang telah menguruskan GLC dan syarikat-syarikat seperti kami kerana mereka tahu apa yang baik untuk negara ini. 

Dan saya sering berkata kepada Kerajaan dan kepada Perdana Menteri, dahulukan rakyat dan segala-galanya akan menjadi mudah. Dan kini AirAsia telah mempunyai 230 buah pesawat berbanding hanya dua buah sahaja, daripada 200,000 penumpang kini kami membawa 89 juta penumpang dan saya percaya Perdana Menteri telah mendahulukan rakyat dan membenarkan AirAsia untuk berkembang walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak. 

Saya seorang yang amat senang dijadikan musuh apabila mereka mahu melawan. Namun saya fikir Perdana Menteri tidak mendahulukan Tony Fernandes, tidak mendahulukan AirAsia, tidak mendahulukan GLC, tetapi mendahulukan negara ini terlebih dahulu dan mendahulukan apa yang akan lebih membawa manfaat kepada rakyat Malaysia. 





Dan inilah sebabnya kami telah berupaya untuk mencipta sebuah jenama antarabangsa yang anda semua kenali hari ini. Jadi, janganlah percaya kepada semua yang telah dilaporkan, banyak berita palsu yang disebarkan tentang saya. 

Janganlah pergi mengundi berdasarkan maklumat yang tidak tepat ataupun berdasarkan khabar angin. Pergilah mengundi berdasarkan fakta dan AirAsia adalah satu fakta. 

Kami telah berkembang dari mempunyai dua buah pesawat kepada 230 buah pesawat. Kami telah berjaya dan maju kerana dasar mesra pasaran yang diperkenalkan setelah dasar perlindungan dimansuhkan. 

Dan kami berharap pada masa hadapan syarikat-syarikat seperti kami akan terus berkembang, akan ada lebih banyak AirAsia lagi, akan ada lebih banyak peluang pekerjaan, akan ada lebih banyak meritokrasi. Inilah Malaysia yang saya impikan. 

Undilah dengan bijak dan moga-moga dapat berjumpa anda semua pada 10 Mei bersama AirAsia.



from The Reporter https://ift.tt/2IiZ7kd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rrJxIv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...