Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri Melaka dan sekali gus mengambil alih kuasa pentadbiran di negeri yang bersejarah itu.
Terdahulu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pernah mengeluarkan kenyataan di Berita Harian bahawa beliau akan meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji semula penggunaan tenaga elektrik di kediaman itu.
Beliau berkata demikian selepas meneliti bil elektrik bulanan dan mendapati banyak berlaku pembaziran yang kebanyakannya berpunca dari pendingin hawa. Jika digunakan secara efisyen, ia mampu menjimatkan lebih 50 peratus dari bil elektrik.
Semalam, ahli politik DAP Melaka Khoo Poay Tiong, melawat kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka yang didiami bekas Ketua Menteri Idris Haron. Beliau juga berkongsi gambar-gambar fasiliti dan bahagian dalaman rumah berkenaan yang dianggap sangat mewah.
from The Reporter https://ift.tt/2II6emv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wRVFse
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment