loading...

Wednesday, 16 May 2018

'Pegawai kontrak lantikan politik ditamatkan perkhidmatan kerana ia satu pembaziran' - PM


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penjawat awam yang diambil berkhidmat secara kontrak  melalui lantikan politik terpaksa ditamatkan, lapor Astro Awani. 

Keputusan penamatan kontrak perkhidmatan anggota yang dilantik oleh pimpinan kerajaan sebelum ini terpaksa diambil kerana ia merupakan satu pembaziran. 

"Hasrat kita adalah untuk menurunkan perbelanjaan kerajaan. Terlalu ramai pegawai kontrak. Dalam kalangan mereka, ada keperluan pentadbiran. Ada juga lantikan politik. 

"Bagi lantikan politik kita akan tamatkan semuanya," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, hanya pekerja kontrak yang bergaji rendah seperti pemandu akan diselamatkan. 

"Bagi kes seperti mereka, kita akan selamatkan dengan memberi jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka," katanya.

Terdahulu viral di media sosial beberapa individu yang mendakwa mereka dianiaya oleh 'rejim' Mahathir-DAP yang kononnya menamatkan perkhidmatan mereka secara mengejut. Malah individu berkenaan turut menghasut orang ramai kononnya dia dizalimi kerajaan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir. 

Bagaimanapun, netizen tidak terperdaya dengan hasutan dan taktik terdesak individu berkenaan yang merupakan ahli parti pembangkang, sengaja mereka cerita fitnah bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap Tun Dr Mahathir. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2rMBs1w
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2k2n1Ty
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...