loading...

Sunday, 13 May 2018

Kediaman peribadi Najib dikawal polis


Polis pada Ahad mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.

"Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Tinjauan Bernama mendapati  lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.

Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.




Sumber Foto: Bernama, mStar, Berita Harian

Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.

Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan berbanding semalam yang mana wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan pintu pagar kediaman tersebut bagi membuat liputan. - Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2IeYgOo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rCcKAA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...