loading...

Wednesday, 23 May 2018

Hampir RM120 juta wang tunai dirampas!


35 beg yang dirampas dalam pemeriksaan ke atas tiga unit kondominium mewah  di Pavilion Residences, Bukit Bintang minggu lalu dianggarkan berjumlah hampir RM120 juta, lapor Harian Metro

Menurut sumber, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, sudah menyelesaikan tugas mengira wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas itu di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pagi tadi, 

"Proses mengira wang tunai bermula pada Isnin kerana penyiasat memerlukan masa berjam-jam untuk memastikan proses dilakukan dengan teliti.

"Sebanyak 35 beg mengandungi wang tunai dikira oleh anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM). Jumlah keseluruhannya adalah lebih RM120 juta," katanya.

35 beg itu adalah antara 284 kotak yang berisi beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang ketika polis melakukan serbuan dan rampasan barang-barang tersebut di tiga unit kondominium tersebut untuk siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh enggan mengulas lanjut mengenai jumlah wang rampasan yang telah diperiksa itu kerana siasatan masih dijalankan. 

"Maaf, pada masa ini saya tidak dapat memberikan pengesahan mengenai jumlah wang tunai yang sudah selesai dikira kerana siasatan masih berjalan.

"Saya akan menyatakannya dalam sidang media yang akan datang berhubung perkembangan terkini siasatan,” katanya.

Isnin lalu, proses pengiraan 11 beg mengandungi wang tunai dijalankan oleh JSJK bermula 10 pagi dan berakhir pada 8.30 malam, sebelum proses pengiraan 16 lagi beg berjalan semalam.

Hari ini sebanyak lapan lagi beg dikira oleh JSJK sebelum kesemuanya diserahkan kepada BNM dengan kawalan ketat pihak polis.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2IJvvtr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2J4ankX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...