loading...

Thursday, 10 May 2018

Berjaya pujuk 2 ADUN Star, Sabah bakal diperintah semula oleh BN


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada jam 8.30 malam ini dan membentuk kerajaan, lapor Utusan Online. 

Musa bersama 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat meninggalkan Istana Negeri pada jam 4.30 petang tadi selepas mengadakan pertemuan lebih satu jam bersama Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. 

Terdahulu, BN Sabah menang 29 kerusi DUN mendakwa mempunyai majoriti mudah 31 kerusi apabila Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang memiliki dua kerusi bersetuju menyertai BN Sabah untuk membentuk kerajaan. 

Dalam laporan Bernama sebelum ini melaporkan, Warisan bersama PKR dan DAP akan menubuhkan kerajaan di Sabah selepas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mengumumkan parti itu keluar dari BN dan membawa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyertai Pakatan Harapan. 

Bagaimanapun, lima ADUN berkenaan menyatakan pendirian mereka kekal bersama BN. 


Dalam sidang media khas yang diadakan Pengerusi BN Sabah itu, Musa berkata BN berjaya mendapatkan dua kerusi tambahan dari STAR menjadikan jumlah keseluruhan kerusi BN adalah 31 kerusi, seterusnya bakal membentuk kerajaan. 

"Kita bersama lima ADUN UPKO di sini hari ini untuk bersama membentuk kerajaan. Sekarang ini kita menunggu sahaja (perkembangan) dari istana," katanya.

Sementara itu di media sosial, ramai netizen dari Sabah tidak bersetuju dan menuntut perubahan baharu untuk negeri Sabah. 



from The Reporter https://ift.tt/2wtVfbu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2G3IC6r
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...