loading...

Sunday, 12 November 2017

'Serik bawa anak ke tempat yang ada orang merokok' - Ibu kesal bayinya mengalami jangkitan kuman di paru-paru akibat terhidu asap rokok


Gara-gara terhidu asap rokok, seorang bayi berusia setahun terpaksa menanggung derita selepas dia disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru, lapor Sinar Harian. 

Ibu bayi berkenaan, Sayang Nadzirah Salleh, 28, berkata, anaknya, Muhammad Nazmeen Haqeel Shahrol Nizam mengalami demam panas sehingga suhu badan meningkat ke 40 darjah Celsius, sehingga dimasukkan ke Hospital Pantai Batu Pahat, Johor. 

Menurut doktor yang merawat bayi berkenaan, jika pasangan itu tidak membawa anak bongsu mereka ke hospital awal, kanak-kanak itu boleh diserang sawan. 

"Kalau kami lambat, adik mungkin kena sawan sebab badannya panas dan menggigil walaupun kami dah tuam dengan tuala basa untuk turunkan suhu badan. 

"Adik ditahan di hospital selama enam hari dan sepanjang dimasukkan ke wad, kahaknya disedut dan diberi lima jenis ubat termasuk antibiotik setiap tiga jam. 

"Memang tidak pernah perkara seperti ini berlaku, kerana dalam rumah kami tiada yang merokok," katanya. 

Difahamkan, sebelum Muhammad Nazmeen Haqeel jatuh sakit, dia dan keluarganya ada mengunjungi sebuah warung di Jalan Kluang untuk singgah makan malam.

"Ketika itu memang ada pelanggan lain yang menghisap rokok.

"Selepas kejadian ini, memang serik nak bawa anak ke tempat yang ada orang merokok. Saya harap perkara ini sama-sama dijadikan iktibar," katanya. 

BERITA BERKAITAN: 


from The Reporter http://ift.tt/2hswSEo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yyfqBL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...