MELAKA - Seorang lelaki berumur 33 tahun dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan runcit dengan alasan kehabisan sumber makanan di rumah, lapor Harian Metro.
Majistret Norina Maludin, menjatuhkan hukuman itu ke atas Norizam Salam, bekas pekerja kontrak, semalam, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Hukuman penjara dijatuhkan ke atas bapa dua anak itu bermula dari tarikh hukuman iaitu semalam.
Mengikut pertuduhan, Norizam didakwa mencuri barangan makanan runcit milik pasar raya Aeon Ayer Keroh bernilai RM720.15 di Aeon Jusco Ayer Keroh pada jam 9.30 malam, 7 Oktober lalu.
Norizam didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Norizam selepas mengambil kira kekerapan kes kecurian di pasar raya tersebut selain sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.
Bagaimanapun, Norizam yang diwakili peguam Ishak Kari, merayu agar hukuman ke atas anak guamnya itu diringankan atas alasan tertuduh melakukan kesalahan itu di atas faktor tekanan hidup berikutan tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja sebagai kerani.
Selepas mendengar hujah dari kedua-dua pihak, Majistret Norina menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh menjelaskan denda tersebut.
from The Reporter http://ift.tt/2xKOheg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2h4prTQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment