loading...

Thursday, 30 November 2017

'Saya amat kesal dengan sikap keluarga tunang, perlukah saya teruskan atau putus pertunangan?'


Confession dari inbox The Reporter

Salam admin, saya ingin berkongsi cerita dan ingin meminta pendapat. Minta admin hidekan details saya. 

Saya telah bertunang selama 11 bulan tetapi ada sedikit masalah timbul apabila seorang perempuan ini telah mengandung anak luar nikah. 

Dipendekkan cerita, perempuan ini merupakan kekasih lama abang kepada tunang saya. Adik beradik tunang saya ada empat orang lelaki dan tunang saya merupakan anak keempat. Perempuan ini pernah mengenali keluarga tunang sebenar kehadiran saya. 

Yang menjadi masalahnya sekarang ialah, perempuan ini mengandungkan anak orang lain dan menuduh abang tunang adalah puncanya. Sedangkan sudah lama terputus hubungan. Keluarga perempuan itu menyalahkan keluarga mereka. 

Selepas masing-masing berbincang, abang tunang saya bersetuju untuk menjadi pak sanggup dan bertanggungjawab di atas segala yang terjadi serta ibunya mengambil keputusan untuk menjaga perempuan itu di rumahnya. 

Dalam tempoh masa menjaga perempuan itu, saya banyak kali makan hati. Mana tidaknya, ibu kepada perempuan itu datang ke rumah, ada saja ibu kepada tunang meminta tunang saya pergi ke pasar membeli makanan. Sedangkan ada abang dan adik beradiknya yang lain. Seolah-olah perempuan itu pula yang berkahwin dengan tunang saya. Dengan mak saya sendiri pun tak dilayan seperti itu dan sudah tiga kali perkara yang sama berlaku.

Selepas beberapa bulan, si perempuan itu naik lemak dan meminta tolong tunang saya belikan susu dan juga nasi lemak disebabkan dia mengidam. Walhal abangnya yang sepatutnya bertanggungjawab ada di rumah. Sungguh melampau bila perempuan itu suruh tunang saya buat itu, buat ini. 

Tambah lagi, ada seorang kawan yang tak bekerja lagi datang duduk sekali dengan keluarganya, dah empat bulan menganggur. Bukan tak dapat kerja tetapi memilih kerja. Dalam masa yang sama si kawan juga bawa kekasihnya melepak bersama-sama di rumah keluarga tunang sehingga barang dapur selalu habis. Apa yang dimasak tak dimakan, tapi barang yang tak disentuh lagi dihabiskan.

Saya amat kesal dengan sikap keluarga tunang. Bila hujung bulan, keluarga akan meminta tunang saya berikan duit untuk membeli barang dapur. Sehingga hari perempuan yang mengandung itu bersalin dan meminta tunang saya menanggung kos rawatannya di hospital. Sedangkan ibu dan bapa perempuan itu masih hidup lagi. 

Yang membuatkan saya paling sakit hati apabila ibu si tunang meminta RM5,000 untuk buat perkahwinan abangnya dari duit simpanan perkahwinan kami yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Saya sangat kecewa dan kesal dengan apa yang terjadi sekarang. Bagi saya keluarganya mementingkan orang lain daripada dengan orang yang ada ikatan sampai masa waktu susah pun minta bantuan dari tunang. 

Memang niat keluarganya baik tetapi perlu difikirkan dulu kemampuan masing-masing. Saya risau sekiranya sudah berkahwin kelak, apakah keadaan masih akan sama di mana mereka semua bergantung dengan tunang saya? Apakah ini yang dinamakan dugaan bertunang atau saya perlu buat keputusan untuk pilih mana yang terbaik? Saya minta pendapat daripada semua. 

Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di SINI.


from The Reporter http://ift.tt/2Ajia9R
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BqBhMz
via IFTTT

(Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu


Padah memandu laju, seorang pemandu kereta yang terkejut melihat sekatan polis di hadapan terlanggar penunggang motosikal sehingga melambung ke udara. 

Video yang dimuat naik oleh Lau Meng Yau itu viral di media sosial dan ramai yang mengecam tindakan pemandu itu memandu secara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan maut. 

Berdasarkan video dashcam kereta Meng Yau, kejadian itu berlaku pada jam 3 pagi Khamis, di mana kereta itu datang dari belakang dengan laju dan mencucuk kereta Meng Yau, sebelum Meng Yau memberi laluan kepada kereta tersebut. 

Tetapi pemandu kereta terbabit dilihat tidak berpuas hati dengan Meng Yau dengan menekan brek beberapa kali di hadapan kereta Meng Yau dan memeut meninggalkannya. 

Meng Yau kemudian memecutkan keretanya meninggalkan kereta terbabit dan tidak lama kemudian ia datang kembali mengejar kereta Meng Yau yang sudah memperlahankan keretanya berikutan ada sekatan polis di hadapan.

Bagaimanapun tindakan pemandu terbabit mengundang padah apabila dia tidak menyedari sekatan itu dan cuba membrek kenderaannya. Malangnya dia gagal berbuat demikian lalu merempuh seorang penunggang motosikal di hadapan anggota polis. 

Berkata kepada mStar Online, Meng Yau pada ketika itu baru pulang dari bertemu dengan rakannya di Jalan Klang Lama. 

"Sebelum kejadian, saya memandu secara perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju dari jauh dan 'mencucuk' rapat kereta saya dari arah belakang. 

"Saya pun berikan dia laluan tetapi dia seolah-olah ingin mencari masalah dan mula menekan brek beberapa kali ketika berada di depan kereta saya.


"Saya tidak mahu terlibat dengan kejadian yang tidak diingini lalu memintas kereta itu sehingga kereta itu hilang dari pandangan. 

"Namun saya tidak menyangka pemandu itu akan melakukan perbuatan itu sekali lagi sehingga hilang kawalan dan melanggar seorang penunggang motosikal. Saya nampak penunggang itu melambung ke atas jalan raya dan bangun selepas dia dilanggar. 

"Kemudian polis datang memberikan bantuan kepada mangsa dan turut bercakap dengan pemandu yang melanggarnya itu. Saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2AO9NEe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ket4ra
via IFTTT

Kutip dan jual tin untuk sara anak OKU dan enam cucu, netizen mohon orang ramai bantu nenek ini


Viral di media sosial, gambar seorang wanita dan cucu perempuannya menolak troli yang berisi tin-tin kosong untuk dijual bagi menyara kehidupannya, mencetuskan rasa simpati netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Ariff Iman Anuwi pada Rabu, 29 November, menjelaskan dia terserempak dengan Norazian Yusof atau Tok Ummi di Medan Selera Semarak.

"Terserempak dengan makcik dan kanak-kanak perempuan ini sedang menolak troli yang berisi tin-tin kosong. Dia tinggal bersama anak perempuanya (OKU, ibu tunggal) dan enam cucunya di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur. 

"Suaminya sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, kini dia menyara kehidupan dengan menjual tin-tin kosong," tulis Ariff. 

Menurut Ariff, Tok Ummi yang tinggal di PPR Sg Bonus, menerima bantuan dari badan kebajikan RM400 setiap bulan. Namun jumlah itu mencukupi menyebabkan Tok Ummi perlu mengutip dan menjual tin-tin kosong bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarganya termasuk empat cucu yang sudah bersekolah. 

"Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh tetapi saya perlukan bantuan orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka," tulisnya. 


Sementara itu, beberapa individu lain juga pernah terserempak dengan Tok Ummi di kawasan berkenaan. Tetapi tidak mengetahui kehidupannya susah seperti itu.

Ariff menasihatkan mana-mana individu atau pihak yang sudi membantu keluarga ini boleh menghubungi Tok Ummi di talian 017-3368137. Bagi yang mahu menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun Maybank 164810144991 atas nama Norazian Yusof.

Semoga ramai insan yang baik hati tampil membantu keluarga ini dan hanya Tuhan yang mampu membalas jasa anda semua. 


from The Reporter http://ift.tt/2nhKDbi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AlHVUP
via IFTTT

Pemandu teksi acu pisau dan paksa penumpang bayar tambang RM6,000 bagi jarak 7 KM


Seorang pemandu teksi yang tamak dan tidak bertanggungjawab menggugut penumpangnya yang merupakan warga Bangladesh untuk membayar tambang bagi jarak perjalanan lebih kurang tujuh kilometer, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 2 petang Selasa, mangsa berusia 41 tahun  yang bersendirian mahu menggunakan perkhidmatan teksi dari Jalan San Peng ke Sunway Putra Mall. 

"Mangsa menahan teksi model Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an. Dalam perjalanan, mangsa bertanya berapa jumlah tambang yang perlu dibayar apabila dia mendapati teksi itu tidak menggunakan meter tambang.

"Soalan itu menyebabkan pemandu teksi itu marah dan memaklumkan tambang keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM6,000. 

"Terkejut dengan jumlah yang tidak masuk akal itu, mangsa yang juga ahli perniagaan mempersoalkan bayaran itu sebelum pemandu teksi terbabit memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. 

"Pemandu teksi naik angin lalu mengeluarkan pisau dan mengugut mangsa supaya membayar kira-kira RM4,500 atau mangsa akan dicederakan.

"Mangsa yang dalam ketakutan kemudian menyerahkan bayaran tambang RM3,900 sebelum mangsa dibenarkan keluar dari teksi," kata sumber polis. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. 

Difahamkan, ini adalah kali pertama mangsa berhadapan dengan kejadian itu sepanjang tinggal di negara ini sejak beberapa tahun. Mangsa juga trauma menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan bagi menjejaki suspek. 


from The Reporter http://ift.tt/2i3Gt15
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AmEai4
via IFTTT

'Hentikan spekulasi, Intan dan Izreen adalah isteri saya'


Lelaki yang didakwa telah berkahwin dengan Izreen Azminda akhirnya tampil mengaku telah mengahwini pelakon itu selepas isteri pertamanya tampil membuat pendedahan, lapor Harian Metro

Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude, mengaku wanita yang membuat pendedahan itu adalah isteri pertamanya iaitu Intan Liana. 

"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu," katanya.

Difahamkan, Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri, 3, dan seorang lagi berusia 11 bulan. Namun Ude enggan berkongsi lanjut mengenai pernikahannya dengan Izreen. 

"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti," katanya yang turut menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan dengan masalah selepas berkahwin dengan Izreen. 

"Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul. Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

"Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya," katanya yang turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.

"Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami," katanya.

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2kcGnZi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2itHW4M
via IFTTT

Intan reda suami berpoligami dan terima Izreen sebagai madu, namun Izreen kesal ada pihak cuba keruhkan keadaan


"Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami," demikian kata Intan, isteri kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda, yang dilaporkan sudah berkahwin dengan pelakon terkenal, Izreen Azminda. 

Dalam temubual bersama sebuah portal berita, Intan mendakwa dia mengetahui perkara itu sejak dua minggu lepas. Namun dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami. 

"Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri. 

"Pada mulanya saya tidak terima, namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah ditentukan," katanya. 

Intan dan Uda telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan. 

Intan tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang berlaku mungkin berpunca dari kekurangan dirinya sebagai seorang isteri. 

"Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil. Susah nak terima, mungkin salah saya tak pandai jaga suami," katanya. 

Portal mStar Online pada Rabu melaporkan Izreen bakal berkahwin dengan pemuzik berkenaan dan satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira jam 8 malam. 


Dalam laporan Sinar Harian, Izreen meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang didakwanya cuba mengeruhkan keadaan melibatkan dirinya itu. 

Pelakon berusia 32 tahun itu juga akan mengadakan satu sidang media khas minggu hadapan di sebuah lokasi di Damansara bagi menjawab segala dakwaan itu. 

"Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan kepada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang yang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media. 

"Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat," katanya. 

Izreen berkata, dia mungkin akan hadir ke sidang media tersebut bersama dengan individu yang didakwa sebagai temannya itu.

"InsyaAllah kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja. Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti, semuanya akan kembali neutral," katanya. 

"Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doakan yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media itu nanti akan memperjelaskan segalanya," katanya lagi. 

Sumber: mStar Online, Sinar Harian, Media Hiburan


from The Reporter http://ift.tt/2kcXVV2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AryIwU
via IFTTT

'Dahsyat betul la! Kena tembak tu!'


Polis melepaskan sembilan das tembakan ke arah kereta Proton Persona yang dipandu oleh suspek lelaki yang melanggar kereta peronda awal pagi tadi di Jalan PJS 5, Taman Medan, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 4.30 pagi di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah dan terserempak dengan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, anggota peronda kemudian meminta lelaki itu memberhentikan kenderaannya untuk melakukan pemeriksaan. Tetapi suspek enggan memberikan kerjasama sebelum melarikan diri. 

"Anggota meminta kerjasama unit peronda lain untuk mengejar suspek sehingga ke Jalan PJS 5. Kemuncaknya dia bertindak nekad melanggar sebuah kereta peronda berulang kali menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri," katanya. 

Berikutan tembakan itu, suspek berusia lingkungan 30 tahun itu melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya. 

"Polis sedang giat memburu suspek termasuk meminta bantuan unit forensik bagi melakukan siasatan terhadap kenderaan milik suspek. 


"Pada masa yang sama, polis juga akan melakukan siasatan bagi mengetahui motif sebenar suspek bertindak demikian sehingga berani melanggar kereta peronda," katanya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan  dengan kejadian itu diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.


from The Reporter http://ift.tt/2k97Gnf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zRUtWU
via IFTTT

'Jangan kacau Aiman Tino! Saya GF Aiman Tino'


Kecoh di Twitter, seorang gadis mendakwa dirinya sebagai teman wanita kepada penyanyi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, memberi amaran pada gadis ini agar tidak menganggu lelaki itu. 

Ceritanya, Umy pada awalnya memuat gambar dirinya di Instagram yang menunjukkan dirinya duduk di atas pelamin berserta dengan kapsyen, "@official_aimantino bila nak masuk meminang saya? Emmm tanya je," tulisnya.

Bagaimanapun, kapsyennya itu mendapat perhatian dari seorang gadis lain yang kemudian meninggalkan komen berikut:




"Asalam. Saya gf kepada Aiman Tino. Saya sama dia dah lama kawan. Ibu dia dah setuju tu masuk meminang kami dua. Jangan kacau kami dua, faham," tulisnya berserta dengan emoticon marah. 

Umy kemudian memuat naik gambar komen gadis berkenaan di Twitter dan dia tidak menyangka Aiman Tino mempunyai 'taste' seperti itu. 

"Korang, aku tengah murung. Tak sangka taste Aiman Tino macam ni. Bantuin aku ya Allah," tulisnya. 

"Kelakar weh. Terkejut tengok notifikasi masuk berdesup. Rupanya bakal tunang Aiman Tino. Hukhuk. 

"Selepas ini tak minat Aiman Tino dah. Muruh aku setahun," tulisnya lagi. 


Bagaimanapun, Umy menjelaskan dia tidak menilai wajah gadis berkenaan, dan tiada niat dia nak downgradekan sesiapa. 

"Sebelum macam-macam lagi orang kutuk aku, biar aku explain dulu ye. Dalam post tu aku takde mention pun dia buruk, tak cantik ke apa ke. Dia comel je weh! 

"Maksud aku 'taste Aiman' tu pasal kebudak-budakan dia. Seriously bukan nak downgradekan sesiapa. Sorry," tulisnya. 

Ogos lalu, dalam laporan Berita Harian, Aiman menegaskan dirinya masih solo berikutan ramai gadis yang memuat naik gambar bersama dengannya yang kemudian mengakui Aiman Tino adalah kekasih mereka.


from The Reporter http://ift.tt/2AqJe7k
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2imjy4Z
via IFTTT

Wednesday, 29 November 2017

'Abang pegang baik-baik iPhone 8 tu, baru beli' - Photographer terkeju tetamu majlis kata begitu dan jawapan balasnya WIN!


Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis perkahwinan, pasti ada jurugambar yang diupah pengantin untuk merakam hari bersejarah mereka. Bagaimanapun, menjadi tak seronoknya golongan jurugambar nak buat kerja bila ada segelintir tetamu yang sewenang-wenangnya meminta mereka merakam gambar bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit. 

Lebih teruk lagi (jenis mulut takde insurans) boleh pula suruh jurugambar berhati-hati dan pegang erat telefon bimbit mereka yang dibeli dengan harga beribu ringgit. Seperti yang berlaku pada jurugambar, Abd Jalil Jalil, dia menganggap individu berkenaan tiada adab nak meminta pertolongannya. 

ABANG rasa semua photographer merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambil gambar keluarga, kawan-kawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain, kita akan menghadapi dilema yang mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung. Iaitu kamera handphone yang mana photographer menjadi sasaran untuk membuat kerja yang tiada dinyatakan dalam kontrak. 

Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang individu yang menyuruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata, iPhone 8 dia ini mahal dan baru dibeli. 

"Pegang baik-baik yer!" 

Lalu spontan abang jawab, "Maaf dik, abang tak boleh lepaskan genggaman kamera ini. Yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set berharga RM31,500+.


"Abang tak boleh pegang sebelah tangan, takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau." 

Lalu terkedu dia. 

Kalau nak suruh orang shoot dengan handphone, berbudi bahasalah. Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ini pegang baik-baik ye. Pui!

Kadang-kadang kita kena ajar juga orang seperti ini. Jadi harapan abang kepada semua photographer, sama-samalah kita menghadapinya dengan bijaksana. 

Sekian cebisan rasa jurugambar lama. 


Semoga menjadi peringatan kepada semua. Hormatilah kerja mereka sebagai jurugambar dan kamera mereka jauh lebih mahal dari telefon bimbit anda. Itu hakikat, jangan dipertikaikan. 


from The Reporter http://ift.tt/2Bn64JW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AJV8Kl
via IFTTT

'Mengalir air mata tengok isteri meneran, ketap gigi, digunting' - Lelaki ini insaf setelah melihat isterinya bersalin


Pernah masuk labour room ketika isteri anda nak bersalin? Bagi yang pernah masuk, sudah pasti suara jeritan, raungan atau yang sewaktu dengannya masih melekat di minda. Alangkah kasihan mendengar jeritan kesakitan ibu-ibu melahirkan anak, membuatkan suami insaf dan kasihan dengan keadaan isteri.

Oleh itu, janganlah memarahi, menengking atau mengasari isteri/ibu. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak ternilai. Tanpa mereka, kita mungkin tidak dilahirkan ke dunia ini. Semoga perkongsian dari Izyan Nasir ini memberi manfaat kepada semua. 

DULU Ahmad dilahirkan dilahirkan secara czer. Jadi perasaan sedih itu tak berapa sampai. Alhamdulillah kali ini bersalin secara normal. Fuh! Dia punya sayang pada bini bertambah kaw-kaw! 

Mana tak sayang, kita tengok sendiri isteri meneran, mengetap gigi bukan sekali, tetapi berkali-kali. Mengalir air mata sambil mulut tak berhenti-henti bismillah selawat semua. Datang pula doktor gunting tu (buka laluan). Prapp!! Bini kita kot orang gunting?! Sedih wey! 

Satu saja nak pesan, nak jadi bapa orang nanti masuklah labour room (Dewan Bersalin), temankan isteri dan bagi semangat pada isteri. Bukannya masuk labour room sebab nak eksyen dan berbangga konon jadi suami yang berani. Tengok sendiri bagaimana keadaan isteri pada ketika itu. 



Nanti bila bergaduh dengan isteri atau ibu sendiri, bolehlah fikirkan balik apakah berbaloi bergaduh dengan mereka jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan isteri/ibu yang mengandungkan anaknya selama sembilan bulan, buat pemeriksaan di klinik/hospital dua tiga kali sebulan, melayan contraction 6-7 jam dan separuh mati nak melahirkan awak dan zuriat awak. 

Okay, sekian dari suami yang baru insaf semalam. Harap insaf lamalah sikit, tara nak dapat lain nanti. Hahaha! #donebeletiaq. 

Sumber: Izyan Nasir


from The Reporter http://ift.tt/2jvHfEz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iqH2G2
via IFTTT

Seramai 11,606 guru duka lara dipindahkan mengikut pasangan


Seramai 11,606 guru duka lara dipindahkan mengikut pasangan masing-masing sejak 1 Januari 2016 hingga 1 Januari 2018, lapor Utusan Malaysia. 

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, proses pertukaran itu dilaksanakan berdasarkan tiga syarat iaitu:
  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen negeri yang memohon

"Isu guru duka lara akan terus wujud kerana urusan pemindahan tempat kerja guru berkahwin berlaku sepanjang tahun, namun kementerian sentiasa berusaha untuk menyelesaikannya. 

"Bagaimanapun, setiap permohonan perlu mengikut syarat yang ditetapkan bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan di institusi pendidikan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) di Dewan Rakyat semalam. 

Terdahulu, King Sing meminta perangkaan guru duka lara yang berjaya disatukan kembali dengan pasangan susulan timbul pelbagai isu sehingga mengundang masalah seperti perceraian dan perselisihan rumah tangga. 

PERTIMBANGAN LAIN

Menjawab soalan tambahan King Sing pertimbangan lain kementerian dalam meneliti permohonan guru duka lara, Sin Woon berkata, beberapa pertimbangan turut diambil kira dalam isu berkenaan. 

"Ia merangkumi kes sakit kronik kalangan ibu bapa pendidik, selain guru yang berdepan dengan ancaman keselamatan diri. 

"Kes ini juga diambil kira untuk pertukaran. Namun kita perlu lihat kekosongan di negeri yang dipohon bagi memastikan keseimbangan penawaran dan permintaan jawatan. 

"Ini tugas sukar kerana sehingga kini Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis merekodkan jumlah permohonan pertukaran guru duka lara tertinggi ke negeri berkenaan tetapi mempunyai kekosongan jawatan yang terhad," katanya. 

BERI PILIHAN KEPADA GURU

Bagaimanapun, kementerian memberi pilihan kepada guru duka lara untuk berkhidmat di negeri berhampiran sekiranya ada kekosongan jawatan di tempat yang dimohon. 

Malangnya, kebanyakan guru duka lara menolak tawaran itu kerana beranggapan langkah itu akan menyebabkan mereka berdepan dengan kesukaran untuk membuat permohonan semula selepas bertugas di mana-mana negeri. 

"Contohnya di Kelantan saja kita menerima permohonan pertukaran guru duka lara menjangkau 1,999 orang, namun kekosongan jawatan sekolah menengah hanya ada 40 tempta sahaja," katanya menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang). 



from The Reporter http://ift.tt/2BmJ7qf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2Aku2Xb
via IFTTT

'Mama pulanglah, kami amat merindui mama'


"Mama, pulanglah ke rumah. Kami amat merindui mama," demikian rayuan Muhammad Farish Hakimi Muhammad Farehan, 7, dan Muhammad Ferhad Ramadhan, 4, pada ibu mereka yang dilaporkan menghilangkan diri semenjak 14 November lalu, lapor Harian Metro.

Ibu dua kanak-kanak itu, Nur Fatin Nadhirah Nordin, 22, tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tebuk Pulai, tanpa sebarang khabar berita sehingga ke hari ini. 

Menurut ibunya, Norsimah Nonchek, 46, kali terakhir anak kedua daripada enam adik beradik itu dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki pada 14 November dan sempat menghubungi ibunya melalui aplikasi WhatsApp. 

"Dia mula menunjukkan perubahan ketara selepas kematian suaminya, Muhammad Farehan Sunik, 27, akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2015. 

"Selepas arwah suaminya tiada, dia berubah sama sekali termasuk bergaul dengan budak nakal di sekitar kampung ini. 

"Puas saya menasihati dia agar berubah dan menumpukan perhatian kepada keluarga, namun dia enggan dan terus menghilangkan diri sehingga kini," katanya. 

Norsimah merayu Nur Fatin pulang segera kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan dua anak lelaki yang amat merinduinya. 

"Dia ada menghubungi saya melalui WhatsApp hujung bulan lalu dan memberitahu ingin bersembunyi di suatu tempat buat sementara waktu. Tetapi dia tidak menjelaskan lokasi dan itu perbualan terakhir kami," katanya sebak. 

Ekoran itu, Norsimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Besar kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan menerima laporan kehilangan ibu muda itu dan siasatan sedang dijalankan. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Fatin, boleh menghubungi Norsimah di talian 017-8774806.


from The Reporter http://ift.tt/2jyNkjE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2jzQu6m
via IFTTT

'Kenapa orang tekan button UNLIKE kat YouTube lirik vedio saya??' - Aliff Syukri kesal video lagunya dapat 25,000+ UNLIKE



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2nfXzhJ
via IFTTT

Suami curang, isteri nekad roboh rumah

Isteri mana yang tidak berang apabila mengetahui suaminya curang. Lebih-lebih lagi suami berlaku curang ketika si isteri sibuk bekerja di luar negara untuk mencari rezeki bagi menanggung keluarga. Namun si suami pula seronok bermain dengan wanita lain. 

Sabtu lalu, Yuni Rusmini memuat naik gambar dan kisah seorang wanita warga Indonesia bekerja di Taiwan, nekad meroboh rumahnya di Malang, Jawa Timur, setelah mengetahui suaminya curang. 


Mimin Aremanita Formosa, nekad merobohkan rumahnya kerana berang dengan suaminya yang tinggal bersama kekasihnya di rumah, sedangkan rumah itu dibina di atas usaha Mimin yang bekerja di negara orang. 

Pada awalnya Mimin kesal dengan perbuatan suaminya dan mahu menjual rumah itu. Namun tindakannya itu tidak dapat diteruskan kerana rumah itu dibina di atas tanah ibu bapa kepada suaminya. Pihak mertua juga menuntut bahawa rumah itu merupakan hak anak lelaki mereka. 

Namun, si isteri lebih bijak dan mengambil keputusan untuk merobohkan rumah itu biarpun terpaksa kerana Mimin tidak mahu suaminya bersama kekasihnya tinggal di rumah itu di kemudian hari. 



Bagaimanapun, Mimin melalui akaun Facebooknya menjelaskan bahawa rumah itu dirobohkan tiada kaitan dengan suaminya, meskipun mengakui lelaki itu telah curang dengannya. 

Pada awalnya Mimin mahu memberikan rumah itu kepada anaknya, malangnya pihak lelaki tidak sanggup. Lalu Mimin meminta ganti rugi sebanya Rp 75 juta (RM22,700). Tetapi keluarga suaminya hanya mampu membayar Rp 35 juta (RM10,600) sahaja. 

Jelas Mimin, memang benar rumah itu dibina dengan hasil titik peluhnya selama ini dan dibina di atas tanah mertuanya. Namun Mimin terpaksa mengambil keputusan untuk merobohkannya agar kedua-dua pihak tidak memperoleh rumah tersebut. 


Sementara itu di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan tindakan Mimin yang disifatkan tidak memikirkan kepentingan anak mereka. 

"Suami isteri bertelagah, anak menjadi mangsa. Tak ada fikir ke anak mereka yang tinggal di rumah itu. Sanggup hancurkan rumah sendiri kerana ego," kata netizen. 

Netizen di Malaysia pula lain nadanya, ramai yang bersetuju dengan tindakan Mimin yang dikatakan berlaku adil. 

"Tahniah Mimin. AKu baca sangat puas hati betul dengan apa yang kau buat. Suruh jual tak nak, nak bagi anak sendiri tak nak, suruh bayar tak mampu. Sekarang ambillah tanah tu, habis cerita. Puas hati," kata Afito Ramle. 


from The Reporter http://ift.tt/2jwn4X9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AjRqGM
via IFTTT
loading...