loading...

Tuesday, 31 October 2017

Anak tiba-tiba menangis kuat ketika tidur, rupanya ada 'benda' yang menarik kakinya


Orang tua-tua selalu berpesan, jangan bawa anak kecil keluar rumah bila hari sudah senja atau dekat waktu maghrib kerana bimbang ada diganggu 'sesuatu'. Dalam perkongsian Puan Sarah Hussin, bayi perempuannya, Safiyyah diganggu 'sesuatu' ketika tidur. Puas dipujuk oleh ibu dan ahli keluarga yang lain, tiada satu pun yang dapat meredakan tangisannya sehinggalah dibawa berubat. 

ASSALAMUALAIKUM ibu-ibu semua. Ini kes anak saya, Safiyyah, beberapa bulan lepas. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua. 

Masa kejadian, Safiyyah tidur jam 8 malam. Selepas menidurkan anak, saya terus pergi ke dapur untuk makan. Baru saja nak suapkan nasi ke mulut, Safiyyah sudah merengek, kemudian menangis. Terus saya pergi mendapatkan dia. Masa itu Safiyyah menangis tak buka mata, dalam hati sudah terdetik mesti ada sesuatu yang tak kena. 

Safiyyah menangis dengan kuat pada masa itu. Dari saya cuba dukung, beralih ke suami, sehingga abang Iman agah-agah pun tak jalan juga. Dari jam 8.30 malam hingga 10 malam berterusan menangis.

Pada mulanya saya syak Safiyyah mungkin menangis disebabkan kembut perut. Disapu minyak angin di bahagian perut, kaki, betis dan tapak tangan. Tetapi Safiyyah masih begitu juga dan semakin kuat pula tangisannya. 

Apa yang saya perasan pada masa itu, Safiyyah menangis dalam tidur, tanpa membuka mata. Bila saya cuba kejutkan dia, dia buka mata kemudian matanya ditutup semula. Ibarat Safiyyah mengantuk sangat-sangat. 

Disebabkan kami semua sudah buntu pada masa itu, Rafi terus menghubungi mak dia dan ajak pergi berubat. Jam 10.30 malam, lalu di tempat yang agak gelap. Sepanjang jalan buka ayat Al-Quran. Tetapi semasa Safiyyah berada di dalam kereta, dia tak menangis pun, elok saja tidurnya. 

Sampai di rumah Pakcik Hussin, baca ayat Al-Quran. Disapu badan Safiyyah dengan air yang dibacakan itu. Safiyyah memang sudah tidak menangis lagi. 

Menurut Pakcik Hussin, ada 'orang' tarik-tarik kaki Safiyyah. Patutlah Safiyyah menangis tetapi kaki dia macam menendang-nendang seperti ada sesuatu di kakinya. Semasa saya pegang kaki Safiyyah pun tendang-tendang tangan saya. 

Dalam otak terus terfikir, apalah yang saya sudah buat sehingga menyebabkan Safiyyah menjadi begitu? Baru saya teringat yang hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat. Saya ada bawa Safiyyah berjalan-jalan di depan rumah. Masa itu hari tak elok, nak hujan dan angin kuat. Selepas itu abang Iman ajak main pop-pop di luar. 

Semasa Iman bermain itu, jam 6.30 petang dan angin kuat. Saya leka duduk di luar rumah dengan angin yang kuat. Maafkan mama, Safiyyah. Semasa menidurkan Safiyyah, saya lupa nak pasang ayat Al-Quran di sebelahnya. Rasa hari itu banyak sangat leka sampai semua benda terlupa nak buat. Maafkan mama Safiyyah. 

Sebelum pulang, Pakcik Hussin berpesan yang 'benda' itu sudah tak ada tetapi dia tidak jamin kalau dalam perjalanan pulang nanti 'benda' itu datang balik. Berderau darah saya mendengar kata-katanya itu.

Selepas pulang, Safiyyah okey sahaja, dia menyusu sehingga tertidur. Tetapi pada jam 1 pagi, Safiyyah menangis lagi, sama seperti kejadian awal tadi. Terus rasa seperti nak menangis pada masa itu. Banyak salah yang saya buat hari ini sehingga Safiyyah jadi begitu. Saya terus ambil air yang diberi oleh Pakcik Hussin dan usap pada muka Safiyyah sambil selawat dan meminta perlindungan Allah. Alhamdulillah Safiyyah menangis sekejap sahaja. 

Semenjak dari peristiwa itu, saya memang tak bawa Safiyyah berjalan ke mana-mana lagi selepas jam 6 petang. Tepat jam 6.30 petang, pintu dan tingkap wajib ditutup. Saya tidak mahu kejadian yang sama berulang. 

Dan bila difikir-fikirkan, mungkin inilah yang selalu disebut-sebut orang iaitu Ummu Syibyan. Selama ini selalu baca tentang Ummu Syibyan tetapi tidak sangka boleh terkena pada Safiyyah. Memang kena ambil langkah berhati-hati selepas ini. 

1. Lafazkan ASSALAMUALAIKUM DAN BISMALLAH sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. 

Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu kecuali bilik air sebab itu adalah tempat lepak syaitan. Jadi tak perlu beri salam, cuma kena baca doa meminta Allah melindungi kita dari gangguan syaitan. 

2. Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran dalam rumah.

3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah. Jangan biar satu bilik kosong lama-lama.

4. Tutup tong sampah dan jangan biarkan sampah berterabur terutamanya tulang temulang sebab itu adalah makanan jin.

5. Sebelum maghrib, tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk tubuh badan. Kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan angin merupakan kenderaan jin. 

6. Angkat pakaian di ampaian sebelum maghrib. Ini semua ada kaitan dengan sihir melalui angin. Sebab itu sesetengah alim ulama akan membasuh semula pakaian yang terdampar dpada waktu maghrib ke atas. 

7. Kalau orang yang sedang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia. Kejut dengan lembut, jangan secara kasar. 

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur, rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal. 

9. Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu pintu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan memberi salam. 

10. Elakkan ketawa dan bersedih berlebihan.

11. 'Pagar' rumah setiap hari, baca ayat kursi dengan tujuh tempat wakaf dan tiup pada setiap penjuru bilik. Selalu baca surah Al-Baqarah. 

12. Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah. Jangan buat perkara lalai sebab perkara-perkara seperti ini yang menarik perhatian makhluk halus. 

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari gangguan syaitan laknatullah. Semoga menjadi iktibar pada kita semua. 

Sumber: Sarah Hussin


from The Reporter http://ift.tt/2xHFJoB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zVScWB
via IFTTT

'Tersentuh hati dan menitis air mata tonton video ni..' - Netizen


Sebak menonton video Faizal Faiz Farish yang membuat kejutan untuk ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-57. Faizal yang berpura-pura sakit sampai muntah darah (palsu) membuatkan ibunya risau dan kelam kabut.

Ibu mana yang tidak risau melihat anaknya dalam keadaan yang tidak sihat. Ramai netizen yang tersentuh hati dan menitis air mata menonton video ini. 

"Hari ini birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya. Ingat 31 Oktober, bila ingat balik rupanya 30 Oktober. So saya kelam kabutlah pergi ambil kek. 

"Semasa berada di kedai kek, saya call mak dan beritahu yang saya tidak sihat. Saya minta tolong mak bawa saya pergi ke hospital dan saya dalam perjalanan balik ke rumah. 

"So my mom kelam kabutlah. Sampai rumah, saya suruh adik standby plan kami. So this is the video," tulisnya. 




Video yang dimuat naik jam 11.47 pagi 30 Oktober itu kini telah dikongsi lebih dari 10,000 kali dan netizen memberikan pelbagai reaksi mereka di ruangan komen. 




Bertuah si ibu mempunyai anak yang baik dan menghargai ibunya. Semoga ibu Faizal dipanjangkan umur dan bahagia di samping keluarga sampai bila-bila. 


from The Reporter http://ift.tt/2lADFgt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2A4JMNs
via IFTTT

'Sudah salah, lagi mau marah?' - Netizen


SUNGAI NIBONG BESAR, PULAU PINANG - Viral di media sosial rakaman video dashcam yang menunjukkan seorang pemandu yang degil dan enggan mengalah biarpun menyedari dirinya melakukan kesalahan lalu lintas. 

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu menunjukkan, kereta pengadu yang masuk mengikut jalan sehala tiba-tiba muncul sebuah kereta yang melawan arus menyebabkan kedua-duanya hampir berlanggar. 


Pengadu sempat menekan brek, bagaimanapun pemandu kereta Toyota berkenaan enggan mengalah dan mahu meneruskan perjalanannya. 

Berang dengan tindakannya itu, pengadu keluar dari kereta memarahi lelaki terbabit dan menjelaskan kesalahannya yang hampir saja menyebabkan kemalangan berlaku. 

Malangnya, lelaki terbabit tidak dapat menerima teguran itu lalu memaki hamun pengadu dan hampir saja keluar dari keretanya, namun ditahan oleh wanita yang dipercayai isterinya. 

Pengadu juga mengarahkan lelaki terbabit mengundurkan keretanya yang jelas sekali melawan arus. 

Sementara itu di media sosial, netizen berpandangan bahawa di zaman moden ini, pihak yang melakukan kesalahan menjadi semakin berani sehingga sanggup menindas mereka yang teraniaya. 

Meskipun begitu, netizen juga menganggap tindakan pengadu yang keluar dari kereta dan memarahi lelaki terbabit sehingga mencetuskan pergaduhan juga adalah salah. Ini kerana katanya, tiada keperluan untuk bergaduh hanya kerana kes kecil. 


Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, patuhilah peraturan jalan raya ketika memandu dan hormatlah pengguna jalan raya yang lain untuk kebaikan bersama. Jangan gunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. 


from The Reporter http://ift.tt/2lF3IU3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2h1mKSY
via IFTTT

'Kenapa perlu lekat tape di webcam laptop?' Mark Zuckerberg pun buat perkara yang sama dan ini sebabnya...


Kenapa Mark Zuckerberg letak tape pada webcam/mic laptop dia and should you do it too? 

Baca sampai bawah untuk tahu sama ada anda adalah sasaran 'hackers' atau tidak. I've been researching about this for two years dan sudah mengalaminya. 

Kenapa perlu letak tape di webcam? Ini cebisan kata-kata dari Pengarah FBI, James Comey. 

"Saya melekat pita di atas kamera laptop kerana saya melihat seseorang yang lebih pintah daripada saya melekatkannya di kamera laptop mereka."

Mereka yang disebutkan itu adalah kumpulan penggodam dan IT Paranoid. Bukti dari Edward Snowden dari NSA, juga adalah satu sebabnya. 

Video di bawah adalah salah satu sebab thread ini diwujudkan. Kamera litar tertutup (CCTV) di Malaysia, secara live digodam straight dari Amerika Syarikat. Kasihan kakak Shell itu.


Terus ke minit 6.17 untuk rakaman CCTV pekerja Shell Malaysia

So video di atas menunjukkan bagaimana dia dapat akses CCTV menggunakan 'open port' IP address. Bayangkan kalau ada yang jenis psycho stalker. 

Ini adalah sebab utama Mark Zuckerberg tutup webcam dia menggunakan tape. Once you're in internet, you can be the target. Tambah-tambah lagi dia kaya. Bukan sebab dia gila tapi dia cerdik. 

Mark Zuckerberg ini boleh dikatakan 'Big Brother'. Dia pemilik Facebook, WhatsApp, Instagram. Facebook saja mempunyai lebih dari 1 billion pengguna. WhatsApp menyimpan berjuta mesej setiap hari. Do you expect your naked photos can't be leak? 

Yes, photo dan video anda boleh dicuri secara online. That's why jangan suka-suka tekan benda ini. Sesetengah aplikasi sangat berbahaya. 


We call it an 'Malicious App'. Mesti kadang-kadang phone korang penuh dengan advertisement pelik-pelik kan? Ada iklan 18SX, hentai semua ada. Itu malware. Sesetengah malware atau malicious app tak curi data kita. Tetapi sesetengah apps, mereka akan curi data kita. Jaga-jaga. 

Kalau phone korang ada gambar tak tutup aurat korang itu dan phone penuh ternak khinzir internet (virus), saya nasihatkan korang delete segera. 


Kembali ke Mark Zuckerberg. Jadi kenapa dia menjadi sasaran sedangkan dia 'Big Brother'? Sebabnya setiap personal information korang sangat bernilai. Payment pun connect dengan Facebook, Aldum pun connect dengan Instagram. Sangat vulnerable. 

Target utama bagi hackers adalah orang yang berduit, ahli politik, berpengaruh dan boleh memanipulasikan ekonomi. 

"Aku takde duit, aku selamat!" 

Tidak, anda belum tentu selamat. Pernah dengar WannaCry Ransomware attack? Kalau virus ini infect pada laptop korang, menangis tak berlagu. Virus WannaCry ini akan lock setiap folder korang dan untuk unlock document korang, you need to pay them dalam bentuk bitcoin. 


Selebihnya kalau nak tahu macam mana diorang hack personal device korang, tonton video ini. Nak bahas panjang-panajng, nanti thread jadi tak menarik. 

Pada tahun 2013, Edward Snowden pernah mendedahkan top secret mengenai Global Surveillance bersama syarikat telekomunikasi gergasi di EU. Pendedahan yang dilakukan merangkumi secret intel ke setiap negara oleh CIA (Malaysia mungkin sudah kena). Tetapi entahlah, malas nak bahas. 


Global surveillance yang dilakukan oleh agensi ini bertujuan untuk membanteras global terrorism. Tapi tak relevan woi. Bayangkan setiap peranti pintar anda dapat diakses oleh mereka. Kamera phone, mic phone dan folder phone. Privasi anda diceroboh. 

Korang tinggal phone korang di dalam bilik, tengah tukar pakaian tetapi tanpa disedari seseorang sedang merakam video korang secara live. Watching you! 

This is happening in US. Malaysia are next with the uprising of 'Internet of Things'. Please berjaga-jaga. Don't be so open with internet. 

Ini adalah sebab mengapa Mark Zuckerberg tampal laptop dia dengan pita pelekat. Aku conteng dengan marker pen, permanent. 

Once you're connected with the internet, you can be the easy target. Always keep you phone clean, no jailbreak, root etc. Aku adalah salah seorang mangsa cyber attack. Ini adalah realiti dan boleh berlaku kepada korang. 

Terima kasih kerana meluangkan masau ntuk membaca. Mungkin anda juga perlu tampal tape pada webcam laptop anda sekarang. 



from The Reporter http://ift.tt/2z0G2Pe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yZKPAv
via IFTTT

Suami kena selalu peluk isteri, ucap 'terima kasih sayang lahirkan anak kita'


Pengorbanan seorang ibu melahirkan anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu suami perlu menghargai isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat kita di dunia. Di saat itu, bermulalah tanggungjawab lelaki bergelar suami dan bapa dalam menjaga si ibu dan bayi. Semoga perkongsian dari Encik Matt ini bermanfaat.

MEMANG suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin, luka ini akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak terganggu dan semakin teruk.
  • Bantu isteri ke tandas
  • Bantu isteri banyakkan berjalan
  • Bantu isteri susukan anak
  • Bantu isteri tukar lampin anak
  • Bantu isteri mandi, buang air
  • Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang, sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.

APA PERLU SUAMI BUAT?

DAPATKAN:
  • Ikan yang segar
  • Sayuran kampong
  • Ayam kampong
  • Telor ayam kampong
  • Daging lembu segar
  • Pantau luka
  • Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT (darah beku disalur darah)
  • Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup
AMBIL TAHU:
  • ILMU PENYUSUAN, cari posisi bayi ketika menyusu
  • Amalan @ pantang larang ketika isteri berpantang
  • Ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
  • Jadual pemeriksaan bayi dan ibu di klinik
  • Basic urutan untuk ibu berpantang
  • Cara berbedong/bekong
  • Jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas

Suami kena selalu peluk isteri, ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita, terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang, abang sayang sayang, lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.

"Ya Allah ini isteri saya, berikan dia syurga, berikanlah dia ganjaran pahala, berikanlah dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari segala penyakit.."

Suami wajib doa untuk isteri, ucap kata yang baik, tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri. Insyaallah jika kita (suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok, isteri akan tenang.

Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis, termenung, tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.

Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.

Sumber:  Encik Matt


from The Reporter http://ift.tt/2yZQSTh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2A3uqIL
via IFTTT

'Salah saya terlalu manjakan suami sehingga dia ada masa untuk bersayang-sayang dengan janda anak 3'


Ramai yang memuji wanita ini tidak melatah selepas mengetahui suaminya curang dengan seorang janda anak tiga. Sebaliknya si isteri menggunakan pendekatan yang kreatif dan bertindak mempengaruhi akal fikiran suaminya untuk berfikir panjang apakah tindakannya itu akan membawa kepada 'keuntungan' atau kebinasaan yang lebih teruk.

ADMIN, terima kasih sebab post cerita saya ini. Sebenarnya sudah lama saya nak berkongsi cerita ini. Tetapi saya menunggu sehingga hati saya benar-benar tenang kerana tidak mahu menulis dalam keadaan marah dan dendam. Tak baik untuk diri saya sendiri. 

Saya dan suami telah berkahwin lebih dari 15 tahun, dikurniakan tiga orang anak yang sudah berusia remaja. Suami kerja berpangkat tinggi, saya pun bekerja hebat. Alhamdulillah kami cukup segalanya. Dari mula berkahwin, saya isteri yang terlalu memanjakan suami. Saya buat semua kerja-kerja rumah, membayar bil sehinggalah hantar kereta ke pusat servis. 

Senang cerita, suami hanya pergi kerja sahaja. Kerja suami sangat sibuk, jadi saya pun tak kisah membantunya kerana saya melakukan semua perkara itu dengan hati yang ikhlas. Pada saya, suami penat bekerja, apa salahnya saya membantu dia? Suami juga seorang yang baik, tidak kedekut. Gaji kami kongsi semua. Tiada istilah siapa yang bayar loan rumah atau kereta. 

Tahun lepas, suami tiba-tiba kantoi WhatsApp bersayang-sayang dengan seorang janda anak tiga. Saya rasa sangat terluka dan kecewa. Suami memohon ampun dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Demi anak-anak, saya menerima suami kembali walaupun hati ini masih sakit sehingga ke hari ini. 

Selepas peristiwa kantoi itu, saya meminta suami berterus terang di mana kurang dan silap saya sehingga dia sanggup mengkhianati cinta kami. Suami beritahu tiada apa yang kurang pada diri saya, malah dia sedar saya banyak berkorban dalam perkahwinan kami sehingga dia sendiri maju dalam kerjayanya. (Saya pernah support suami sambung study). Dia mengaku dia yang bersalah kerana melayan janda itu. 

Kemudian saya berkata kepada suami, "Kalau begitu, saya memang bersalah." Saya bersalah kerana terlalu memanjakan suami. melakukan semua tugas dan tanggungjawab suami. Lalu suami ada masa lebih untuk menggatal. 

Semenjak peristiwa kantoi itu, saya menjadi isteri yang 'lemah'. Kalau dulu lampu rumah perlu ditukar, sayalah yang akan memanjat tangga untuk menukar lampu. Namun sejak peristiwa itu, jam dapur habis bateri pun saya akan minta suami yang tukarkan. Saya tidak lagi berdikari seperti dahulu. Saya akan buat mengada-ngada sampai kereta kehabisan minyak pun saya tidak akan isi sendiri. Saya hanya buat kerja rumah seperti biasa. 

Selepas peristiwa itu juga, saya demand 'bersama' dengan suami setiap malam. Alasan saya, kalau dia berniat mahu menambah cawangan, maksudnya dia mampu berlaku adil dari segi batin juga. Jadi kalau ada dua isteri, kena selang hari. Jadi kena mampu beri setiap hari, kan? Hahaha! 

Walaupun saya pun adakalanya penat, namun digagahkan juga menggoda suami setiap malam nak bagi dia ON sampailah dia mengaku, "Ada seorang isteri pun, I cukup-cukup makan je yang!!" Nahh, baru dia sedar nafsu itu tak selari dengan tanggungjawab dan kekuatan. Bila dia dah sedar diri, barulah saya slow sikit demand. Hehe!

Selama ini saya kongsi semua gaji saya untuk rumahtangga kami. Jadi satu hari, saya ajak suami duduk dan buat kira-kira. Gaji dia dan tolak semua perbelanjaan rumah kami memang tidak cukup kalau tak dicampur dengan gaji saya. 

Soalan terakhir dari saya kepadanya pada masa itu, "So mampukah awak nak menambah cawangan? Bukankah mampu nak tambah cawangan itu tak sepatutnya kerana isteri pertama bekerja dan dapat menanggung dirinya sendiri?" 

Sejak dari itu, saya sangat rapat dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak baik di asrama atau di rumah, mereka akan call/sms saya dan berkongsi cerita macam-macam. Pada ayah mereka, jarang sebab suami pun jarang menghubungi anak-anak seperti yang saya lakukan. 

Lalu saya pun berkata kepada suami, "Kita hidup semakin tua, bukan semakin muda. Kalau sekarang pun anak-anak tak ingat pada awak, tambah pula anak-anak tahu hal kantoi itu, jangan haraplah anak-anak akan melayan awak baik kalau awak masih nak menggatal!" 

Semasa suami dilamun cinta, suami call/WhatsApp janda itu setiap hari. Jadi saya tanya soalan simple ini pada suami, "Ada you call/WhatsApp anak-anak setiap hari?". Suami terus terdiam. 

"Orang-orang tua yang duduk di rumah orang-orang tua tu, merintih anak-anak tak dapat lawat atau jaga itu mesti kes semasa muda tak rapat dengan anak-anak, kan? 

"Anak-anak ini saham akhirat kita. Awak rasa anak-anak ke ke berdoa untuk awak bila masa hidup awak buat Ummi mereka merana?" 

Haha! Saya psiko suami sampai dia berubah 100%. Dia teurs menjadi rapat dengan anak-anak. Dia call/WhatsApp anak hampir setiap hari. Selain berdoa, solat tahajud, bersedekah, saya bersyukur satu perkara. Saya tak pernah berceritakan tentang hal kantoi itu kepada sesiapa walaupun ibu bapa saya sebab saya berpegang pada satu prinsip, 

"Bila kita marah suami dan menceritakan keburukan dia, nanti bila kita suami isteri dah berbaik, orang luar tetap memandang serong pada suami kita. Jadi jagalah aib suami selagi bergelar suami isteri. Biarlah hanya saya, suami dan Allah saja yang tahu. 

Alhamdulillah, walaupun berlakunya hal curang itu, saya berpendapat ada hikmahnya. Suami menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab, lebih penyayang dan lebih soleh. Terima kasih kerana sudi membaca. 



from The Reporter http://ift.tt/2z2COZ5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2lxuwW6
via IFTTT

'Datuk Seri' direman empat hari


KUALA LUMPUR - Lelaki yang bergelar 'Datuk Seri' yang memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu telah direman selama empat hari bermula hari ini, lapor Harian Metro. 

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan. 

Lelaki berusia 29 tahun itu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 4 petang semalam, sebelum ditahan. 

Pada jam 9.30 pagi, lelaki itu hadir ke Mahkamah Ampang dan diiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.50 untuk prosiding reman sebelum keluar semula pada jam 12 tengah hari. 

Dalam kejadian jam 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota RELA, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing mengalami bengkak pada mata kiri selain sakit di beberapa bahagian badan selepas dipukul dan ditendang lelaki terbabit. 

Kejadian itu berlaku hanya kerana mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaannya jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar menghalang lalu lintas. 

"Pemandu kereta itu mendakwa perlu meminta kebenaran majikannya (Datuk Seri) dan apabila lelaki terbabit mendapat tahu mengenai hal itu, dia naik angin lalu tercetus pertelingkahan di mana lelaki itu menuduh anggota RELA berkenaan tidak menunjuk hormat kepadanya.

"Ranbo lebam dan bengkak pada mata kiri, badan Jackie ditendang manakala Melvin dipukul di kepala," memetik kenyataan Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA. 

Susulan kes itu mendapat perhatian banyak pihak, ada pihak yang cuba menawarkan wang RM10,000 kepada salah seorang anggota RELA berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat. 

Bagaimanapun, Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin tidak akan menerima tawaran itu kerana ia membabitkan maruah RELA. Malah menegaskan bahawa pihaknya tidak gentar dan akan memberi kerjasama pada polis untuk membantu siasatan.

Sementara itu di media sosial, netizen mendesak pihak diraja menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan kepadanya kerana penyalahgunaan kuasa sehingga menindas penjawat awam yang melaksanakan tugas.


from The Reporter http://ift.tt/2yZQbcw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2gYwH3l
via IFTTT

Monday, 30 October 2017

'Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak? Which idiot took that course anyway?'


Let me tell you all a story.

Saya seorang pelajar diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta di Kuala Lumpur. Kalau nak ceritakan kelebih ambil course ini mungkin masih tak layak lagi sebab saya baru semester enam daripada lapan semester, baki dua semester lagi. Tetapi saya boleh ceritakan serba sedikit pengalaman diri bila mengambil course ini. 

Masa mula-mula ambil course ini dulu memang rasa seperti tak ada halatuju. Rasa macam, 'Eh? Kenapa aku ambil yang ini? Macamlah tak ada course lain.'. Masa itu rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambil course yang besar-besar seperti akaun (saya course akaun semasa tingkatan empat dan lima), ekonomi, medic, engineering semua. 

Kadang-kadang rasa menyesal ambil course ini. Orang di sekeliling pun selalu pandang rendah bila dapat tahu saya ambil course ini. Mereka pun selalulah bertanya sambil buat muka sinis. 

"Kenapa ambil course itu? Minat budak-budak ke? Nak jadi Cikgu Tadika ke?" 


Di sini saya nak beritahu anda semua, memang dulu saya menyesal tetapi sekarang saya bangga ambil course ini sebab semakin banyak ilmu yang saya dapat, semakin saya kagum dengan para guru dan ibu bapa. Childhood education juga telah mengubah hidup saya daripada tak suka budak (sebab saya tak ada adik), tak boleh tolerate dengan budak, sampai saya rasa sayang sangat dengan budak dan boleh cakap dan handle perangai budak dengan sabar. 

Dan untuk pengetahuan semua juga, skop untuk childhood education juga bukan hanya setakat menjadi cikgu tadika. Untuk pengetahuan, kami di sini belajar tentang semua perkara. Daripada bayi di dalam rahim hingga ke alam remaja. Daripada ilmu parenting sampai ke medic diteruskan dengan perubatan untuk orang-orang kurang upaya. 


Tidak lupa juga, kami juga belajar tentang perniagaan. Kami ada peluang kerja yang luas, bukan saja cikgu tadik tetapi penasihat kekeluargaan, pakar kaunseling, trainer fisioterapi, majikan di tadika sendiri dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak, penyakit kanak-kanak dan psikologi sebab childhood education adalah tiket permulaan ke bidang psikologi. 

Jadi usahlah memandang rendah pada kerjaya cikgu tadika. Janganlah berbangga kalau awak ambil course-course yang hebat sebab semuanya bermula daripada cikgu tadika. Dialah yang mula mengajar ABC, 123 pada kita sehingga kita boleh berjaya sampai sekarang. 

Lelaki juga janganlah nak memperlekehkan kawan-kawan lelaki anda yang mengambil childhood education sebab secara jujurnya saya cakap, saya tabik pada lelaki yang mengambil childhood education sebab lelaki yang ambil course ini ada potensi jadi bapa yang baik untuk anak-anak mereka kelak. 


Bukan saya nak mempromosikan course ini tetapi berdasarkan pengalaman yang saya sendiri lihat daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah lelaki saya sendiri. Bukanlah nak cakap lelaki yang tak ambil childhood education ini tak bagus. Ada yang bagus tetapi sebab saya tengok sekarang ini ramai sangat yang suka memperlekehkan golongan seperti kami sedangkan kita tidak tahu yang mungkin orang mengambil childhood education ini lebih bagus daripada anda walaupun kerja mereka biasa-biasa, gaji mereka tidak berkepuk seperti anda.

Jadi usah terlalu sombong dengan apa yang anda ada sebab Allah boleh tarik balik apa yang anda ada pada bila-bila masa. 

Sekian tazkirah dari saya. Semoga orang yang suka memperlekekan orang lain itu diberikan hidayah. 
Untuk pengetahuan semua, Malaysia kini telah meletakkan syarat bahawa pasangan suami isteri yang bakal menjadi ibu dan ayah hadir ke kelas parenting kerana sudah banyak kes dera budak pada zaman ini. Jadi di sinilah anda akan nampak, betapa pentingkan course childhood education zaman sekarang. 

Sumber: Suuzy Yanna


from The Reporter http://ift.tt/2z50f5X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zSwq5L
via IFTTT

Tak puas hati, lelaki rempuh gerai dengan jentolak


RAWANG, SELANGOR - Pasangan suami isteri lari lintang-pukang sebaik saja mendengar bunyi rempuhan yang kuat, sebelum dimaklumkan oleh pelanggan bahawa gerai makan mereka dirempuh sebuah jentolak, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian pada jam 12 tengah malam kelmarin di Bandar Country Homes Rawang, pemilik gerai, Nini, 44, berkata, gerai makannya dilanggar dengan jentolak yang dipandu oleh seorang individu yang dikenalinya. 

"Ketika kejadian, saya sedang sibuk mengemas barang-barang kerana mahu menutup gerai, sambil dibantu oleh suami. Masa itu masih ada seorang pelanggan yang sedang minum. 

"Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi rempuhan yang kuat di bahagian belakang gerai. Akibat terkejut dengan bunyi itu, saya melarikan diri sebelum pelanggan memaklumkan gerai kami dirempuh jentolak yang dipandu seorang lelaki yang juga penghuni di kawasan kejiranan berhampiran," katanya. 


Nini kemudian masuk semula ke gerainya untuk memeriksa keadaan dan mendapati bahagian belakang gerainya rosak teruk akibat rempuhan tersebut. 

"Saya dimaklumkan individu yang melakukan perbuatan itu adalah lelaki berusia 50-an. Sebelum ini dia ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan saya membuka gerai makan di kawasan ini sejak lebih setahun lalu," katanya. 

Difahamkan, selepas melakukan perbuatan khianat itu, lelaki terbabit terus menghilangkan diri begitu saja. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Rawang dan berharap masalah itu boleh diselesaikan secara baik tanpa mengancam nyawa mereka. 


from The Reporter http://ift.tt/2z6uGcb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2A0k4JM
via IFTTT

Lelaki tembak suami kekasih kerana terpengaruh dengan novel kisah cinta 3 segi


KUALA ROMPIN, PAHANG - Seorang lelaki berdepan dengan hukuman gantung sampai mati kerana menembak mati suami kepada kekasihnya dan mengakui berbuat demikian kerana terpengaruh dan terlalu menghayati sebuah novel kisah cinta tiga segi di mana watak yang ditirunya itu sanggup melakukan apa sahaja demi kekasihnya, lapor Sinar Harian. 

Bagaimanapun suspek, 28, ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tanjung Malim, Perak pada 27 Oktober lalu sekitar jam 1 pagi yang dipercayai dalam perjalanan cuba melarikan diri ke kampungnya di Bedong, Kedah dengan menaiki motosikal. Malah, polis turut merampas buku novel tersebut daripadanya. 

Dalam kejadian pada jam 12 tengah malam 24 Oktober lalu di Felda Keratong 2, Muadzam Shah, suspek yang baru menjalinkan hubungan dengan kekasihnya lebih kurang lima bulan bertindak menembak suami kekasihnya, 32, yang berasal dari Acheh dengan satu das tembakan di kepala dalam jarak lima mter menggunakan senapang buatan sendiri. 


Difahamkan, tindakan suspek itu adalah disebabkan mengetahui mangsa yang dikenali sebagai Zubir dalam proses memujuk isterinya yang berasal dari Lombok, Indonesia untuk membawanya pulang ke Acheh.

Mangsa sempat dihantar dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 12 tengah hari 25 Oktober. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil siasatan terhadap isteri mangsa yang ditahan dengan penduduk setempat pada hari yang sama juga mendedahkan nama beberapa suspek yang terlibat. 

Pasangan berkenaan juga difahamkan dalam proses perceraian dan sudah dua bulan tidak tinggal bersama. 

"Hasil kerjasama dengan pasukan D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuantan, suspek akhirnya berjaya ditahan pada 1 pagi 27 Oktober lalu dan tidak sempat melarikan diri ke Kedah.


"Siasatan ke atas suspek, dia mengaku melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa, senapang patah buatan sendiri turut dirampas di Ladang Sungai Guan, Kota Bahagia, Muadzam Shah selepas dipandu arah oleh suspek," katanya.

Turut dirampas bersama, tiga butir peluru dan satu kelongsong peluru yang telah digunakan serta satu alat pemutar skrew yang digunakan untuk membuka pasang senjata api. 

Selain suspek dan isteri mangsa, dua lagi individu berusia 48 dan 32 tahun juga turut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.


from The Reporter http://ift.tt/2lvWsd5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yWvIYH
via IFTTT

JPJ, SPAD, Trafik PDRM tolonglah jangan berbudi bahasa dengan lori tayar botak/celup


Lebih 750 nahas yang berlaku di lebuh raya PLUS adalah berpunca dari tayar pecah. Kalau memandu dari utara ke selatan, banyak kesan-kesan tayar lori pecah sama ada pecah tayar belakang, pecah tayar depan bagai. Kadang kala bersepah sisa-sisanya di atas lebuh raya. 

Dalam video kemalangan di PLUS Seremban baru-baru ini, tayar hadapan lori yang pecah. Apa punca tayar boleh meletup/pecah? Adakah disebabkan faktor cuaca? Jalan panas? Tayar celup dah uzur? Tayar guna tayar salji import sebab murah dan jimat kos syarikat pengangkutan? Atau dah kena tahan tetapi dilepaskan semula? 






Bukan nak menunding jari pada pemandu lori semata-mata, tetapi syarikat lori itu bagaimana?

Kawan adik ipar saya meninggal dunia ketika arwah sedang menunggang motosikal dan terlanggar serpihan besar tayar pecah. Ahli konvoi arwah sempat merakam gambar sebelum kereta peronda lebuh raya datang mengalihkan sisa tayar pecah tersebut. Malah ahli konvoi bertegas jangan alihkan dulu sisa tayar pecah itu sehingga polis tiba di lokasi kejadian. 


JPJ, SPAD, Trafik PDRM tolonglah jangan berbudi bahasa dengan lori yang menggunakan tayar botak atau celup yang terlalu uzur. Janganlah sibuk mencari nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi, cermin gelap bagai. Kes lori menggunakan tayar celup atau tayar uzur sehingga meletup sehingga membawa padah ini lebih penting. 

Nasihat saya, kalau pihak berkuasa menahan lori-lori ini, janganlah terima suapan. Sebaliknya saman tauke lori pengangkutan dan suruh mereka tukar kepada tayar yang lebih elok. 

Andai kata tayar lori ini pecah disebabkan tayarnya sudah uzur dan pernah ditahan sebelum ini tetapi dilepaskan kerana RM50, mangsa-mangsa yang meninggal dunia disebabkan kemalangan itu memang teraniaya. 

1 action, create a lot of chain reactions. 


Berapa ribu pengguna lebuh raya yang terkandas atau perancangan mereka terganggu disebabkan kesesakan semalam? Berapa ratus orang yang terpaksa batalkan temujanji? Berapa puluh orang yang terlewat mengambil anak di rumah pengasuh dan terpaksa membayar denda lewat ambil? Berapa puluh orang yang terpaksa batalkan program? Dan kini sebanyak empat hingga lima keluarga yang sedang menangisi kematian ahli keluarga mereka. 

Memanglah kes kemalangan itu masih dalam siasatan tetapi, tolonglah ambil serius dengan kejadian seperti ini kerana sudah banyak kes kemalangan yang melibatkan kes tayar pecah atau tayar celup ini. 

Tak pernah lagi dengar kemalangan berpunca dari nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi. Ada juga cuba buat carian di Google kalau ada akhbar yang melaporkannya. Tetapi mungkin saman nombor plat ini adalah income dan keberhasilan utama negara untuk menampung kos-kos defisit bajet 40 bilion. 



from The Reporter http://ift.tt/2iLwTUm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iMz9ux
via IFTTT
loading...