loading...

Monday, 3 April 2017

'Kami tak fitnah Restoran Pelita & kami bayar caj RM15 tanpa sebarang rungutan'


KUALA LUMPUR - Salah seorang lelaki yang bersama kumpulan berkenaan pada malam kejadian itu pula tampil memberi penjelasan bagi pihak teman wanitanya yang telah memuat naik gambar resit tersebut di laman Facebook. 

Menurut lelaki itu, teman wanitanya hanya memuat naik gambar resit itu di Facebooknya untuk bergurau dengan rakan-rakan mayanya sahaja yang juga baru pertama kali dikenakan caj 'muntah cleaning'. 

"Kami bayar RM15 kepada pihak Nasi Kandar Pelita tanpa merungut atau sewaktu dengannya. Sehinggalah kami mendapati gambar ini telah viral di media sosial. 

"Ada beberapa laman Facebook telah menyebarkan gambar resit tersebut tanpa mengetahui cerita yang sebenarnya," tulisnya. 

Lelaki itu juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah memfitnah pihak Restoran Pelita dan meminta orang ramai tidak melibatkan kes ini dengan isu perkauman. 

"Benda camni korang dah act macam ni sampai bila negara kita nak maju? Please be understanding. Thank you," tulisnya. 


Semalam, pemilik Restoran Pelita membuat laporan polis berhubung resit yang viral di media sosial itu. Pihak restoran menafikan dakwaan sebuah laman Facebook berasaskan bangsa, kononnya restoran mereka mengenakan caj membersihkan kotoran dan muntah anak-anak pelanggan mereka. - The Reporter

Artikel berkaitan: 


from The Reporter http://ift.tt/2nzcK15
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oAcorV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...