loading...

Monday, 17 April 2017

Nak guna khidmat teksi, disuruh pula jalan kaki


KUALA LUMPUR - 16 April lalu, Amir Zain memuat naik luahan kesalnya terhadap golongan pemandu teksi di Ampang Point Shopping Mall yang didakwa enggan memberikan khidmat penghantaran ke destinasi yang dipinta. 

"Ada lebih 30 buah teksi meter sedang beratur di hadapan Ampang Point, tak bergerak dan tiada pelanggan. Saya cuma nak balik ke Hotel Impiana KLCC sahaja c*****! 

"Pintu demi pintu dibuka dalam hujan, sampai hujung McDonald's, saya keluar masuk teksi dan tanya boleh ke hantar ke Hotel Impiana KLCC?" 

Menurut Amir Zain, dia boleh sahaja menggunakan khidmat Uber/Grabcar. Tetapi, perlu menunggu kehadiran pemandunya selama 12 minit. Dan disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat teksi. Namun, rata-rata pemandu teksi menolak permintaannya. 

"Yang sopan, geleng kepala sahaja. Yang keturunan janin haram siap cakap boleh jalan kaki.," tulisnya.


Berdasarkan semakan di Google Maps, jika pengguna menggunakan khidmat teksi dari Ampang Point Shopping Mall ke Hotel Impiana KLCC, ia hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi jarak 5 - 7 kilometer. Jika pengguna memilih opsyen untuk berjalan kaki dan menaiki pengangkutan  tren, ia mengambil masa lebih kurang sejam. 

"Servis kita dengan third world seperti Vietnam, bagai langit dan bumi. Kita betul-betul ketinggalan sebagai sebuah negara," tulisnya. 

Bagaimanapun, menurut Dura Hatta, perkhidmatan teksi di Vietnam adalah 'world class'. 


Pemandu teksi tidak sepatutnya mengamalkan sikap memilih-milih pelanggan sama ada destinasi yang ingin dituju itu dekat ataupun jauh. Jika sikap seperti ini berterusan, industri teksi akan semakin tenggelam dan tidak diminati pengguna, sekali gus menguntungkan Uber atau Grabcar. 

Jika ini berlaku, usah salahkan pengguna atau dua perkhidmatan pengangkutan itu dek sikap pemandu teksi yang suka memilih-milih pelanggan. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pLCE2p
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2nWSLOg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...