Nizam, yang terkenal dengan video parodinya, berlakon sebagai wanita yang mempunyai saiz payudara kecil dalam video tersebut. Dia kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki yang cuba mengodanya, namun terbantut apabila melihat saiz payudaranya kecil sebelum memberikan satu produk B Confident dengan tagline "1 kali sapuan, 1,000 kali sayang", kepadanya.
Di ruangan komen video tersebut, netizen kesal dengan penerbitan iklan produk yang dianggap tidak sensitif dan jelas sekali mempersendakan maruah kaum wanita. Malah, beberapa individu menuntut orang ramai melaporkan video itu kepada Facebook kerana telah mengguris perasaan golongan wanita.
Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dari Facebook rasmi Nizam Rahman. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2pudqZR
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oiYni4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment