loading...

Wednesday, 26 April 2017

Tak puas hati ditegur & dipukul selepas mengeluarkan kata-kata kesat, remaja bawa abang belasah peniaga


KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dibelasah sekumpulan remaja yang tidak berpuas hati kerana ditegur agar berkelakuan baik dan tidak membuat bising, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 11 pagi, Rabu lalu, mangsa yang berniaga barangan muslimah parah dibelasah sembilan remaja di kedainya di tingkat dua pusat beli-belah di Taman Melati. 

Menurut seorang saksi yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 30-an itu menegur seorang pelajar tingkatan dua yang membuat bising. 

Bagaimanapun, pelajar terbabit melawan peniaga berkenaan dengan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan dia dipukul. 

Gambar tersebar yang menunjukkan pelajar tingkatan 2 itu cedera di bahagian telinga dan lebam di leher selepas dipukul peniaga berkenaan | Foto - Netizen

Ekoran itu, pelajar terbabit dipercayai memaklumkan kejadian itu kepada abangnya yang berusia 21 tahun yang kemudian datang bersama lebih sembilan rakannya yang lain menyerang mangsa menggunakan besi. 

Dua daripada suspek yang memukul mangsa, termasuk abang remaja terbabit berjaya ditangkap orang ramai sebelum diserahkan kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes terbabit yang dibuat keluarga pelajar dan isteri peniaga berkenaan. 

Dalam laporan polis yang dibuat keluarga remaja itu mendakwa anak mereka dipukul oleh peniaga terbabit. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pB1ciB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qgHTY2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...