loading...

Monday, 3 April 2017

Cerita sebenar: 'Dah orang cuci muntah kau, bayarlah'


KUALA LUMPUR - Viral di media sosial semalam, pelanggan di sebuah restoran 24 jam mengadu tidak berpuas hati dikenakan  caj 'muntah cleaning' sebanyak RM15. 

Gambar resit yang dimuat naik sebuah laman Facebook berasaskan bangsa itu juga memuat naik kapsyen yang didakwa telah memfitnah pihak restoran berkenaan. 

"Don't let your children puke (muntah) in Pelita Restaurant. It's chargeable. Macam-macam GST pun ada," tulis laman Facebook berkenaan. 


Bagaimanapun, menurut pemilik restoran, Muhammad Nazreen Naveen Adbullah, 42, berkata, semakan di kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perkara sebaliknya. 

"Saya telah membuat siasatan dan semakan CCTV mendapati bahawa kejadian itu berlaku pada awal Isnin, jam 4 pagi di mana seramai enam orang individu berada dalam keadaan sangat mabuk telah memesan makanan di restoran kami. 


"Semasa makan, dua individu dari kumpulan berkenaan telah muntah ke atas pinggan dan meja makan. Oleh kerana keadaan muntah mereka yang amat teruk, para pelanggan berhampiran telah menunjukkan rasa tidak berpuas hati dengan kejadian itu. 

"Lalu pihak saya mengambil keputusan untuk membuang semua pinggan dan gelas yang berada di atas meja tersebut," tulisnya dalam laporan polis yang dibuat jam 10.27 malam semalam di Balai Polis Dang Wangi. 

Nazreen turut kesal dengan tindakan pihak laman Facebook berkenaan yang didakwanya telah merosakkan nama baik restoran mereka. Malah beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengenakan bayaran apabila anak-anak kecil pelanggannya mengotorkan atau muntah dalam restoran mereka. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2os3yPJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2n3eJyN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...