Raja Bomoh mengaku berbohong di atas segala perbuatannya selama ini | Foto - Berita Harian |
KUALA LUMPUR - Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin, 66, hari ini membuat pengakuan bersalah dan bertaubat di atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini, lapor Harian Metro.
Ibrahim turut mengaku bahawa semua tindakannya selama ini adalah pembohongan di atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan kepada umum.
Selepas mengaku perbuatannya itu, beliau juga membuat permohonan maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong kononnya membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku dalam negara termasuklah kes kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Nam.
Raja Bomoh mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WIlayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
Permohonan maaf itu disaksikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, Pengarah JAWI Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jawi, Wan Jaapar. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2q0i6nV
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qaiwHD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment