loading...

Wednesday, 26 April 2017

Gangguan bekalan air (5 hari) di 280 kawasan sekitar Petaling & Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan, sebanyak 280 kawasan di sekitar Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami masalah bekalan air tidak berjadual ekoran paip utama di belakang bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat Sungai Buloh yang pecah, lapor Malaysia Digest. 

Akibat kejadian itu, injab sistem agihan bagi jajaran paip dari SSP1 dan SSP2 melalui Kolam Imbangan Matang Pagar terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaikpulih dapat dilakukan. 

Difahamkan, kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan dan dianggarkan siap dalam tempoh 48 jam serta bekalan air akan pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari selepas kerja-kerja pembaikan itu siap dilakukan. 




"Pihak kami telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dan mengambil tindakan perlu bagi menangani situasi itu. 

"Aset-aset serta bantuan lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan pengguna-pengguna kritikal, hospital dan lain-lain," kata kenyataan Syabas yang disiarkan di laman webnya hari ini.

Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak> Nama & Alamat).

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2p5V4h1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qgQtGz
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...