loading...

Monday, 17 April 2017

USOP TULIS LIRIK LAGU SRIKANDI CINTAKU LEPAS TERSEREMPAK DENGAN KOMUNIS!

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

 

TIDAK lama dulu aku pernah lepak dengan salah seorang penyanyi kumpulan Kopratasa, Usop yang kini bertugas dengan stesen TV Al-Hijrah.

Lama jugaklah aku lepak dengan dia borak…pelbagai bendalah yang kami bualkan dan topik utama mestilah perkembangan industri hiburan tempatan.

Pada kesempatan itu juga aku bertanya pada Usop, siapakah penulis sebenar lirik lagi Srikandi Cintaku, lagu nyanyian kumpulan Bloodshed yang dianggap salah sebuah lagu rock era 80’an terbaik pernah dihasilkan.

Ini kerana aku pernah dengar lirik lagu ‘berhantu’ tersebut sebenarnya ditulis oleh dia sendiri, bukannya ‘orang lain’ seperti mana yang diwar-warkan

Ini jawapannya.

” Memang aku yang tulis lagu tu setelah M Nasir berikan iramanya. ‘Dia’ kebetulan ada masa aku tulis lirik tu jadi dia adalah tambah sikit, sedangkan untuk pengetahuan kau, akulah yang menulis hampir keseluruhan senikatanya.

” Tapi aku takde nak kecoh-kecoh, biarlah. Sampai sekarang aku ingat lagi bagaimana M Nasir berikan lagu itu pada Ramli MS untuk diberi sentuhan orkestra, sesuatu yang tak pernah berlaku pada zaman itu.

“Dulu mana ada lagu rock bunyi orkestra.. hasilnya lagu tu ‘meletup’ hingga ke hari ini,” kata Usop yang terkenal dengan lagu Permata Untuk Isteriku itu.

Tapi part ni paling memeranjatkan.

Aku tanya Usop, bagaimana dia mendapat ilham untuk menulis lirik yang sepuitis itu.

Dia terdiam sejenak. Kemudian dia memberitahu aku yang segalanya bermula apabila dia terlibat dengan penggambaran drama untuk sebuah televisyen tempatan.

” Mungkin korang tak percaya kalau aku katakan yang aku terserempak dengan komunis masa shooting tu berlangsung. Bermula dengan peristiwa itulah akhirnya lirik Srikandi Cintaku terhasil,” katanya serius.

Lain macam!

 



from Syahril A. Kadir http://ift.tt/2pK2PGK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oF2vtH
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...